KUALA LUMPUR  – Ikon usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri Robert Kuok telah tiba di Malaysia pada Selasa lalu (22 Mei) untuk mengadakan pertemuan bersama ahli Majlis Penasihat Negara.

Jutawan berusia 94 tahun yang kini menetap di Hong Kong itu dilihat disambut mesra oleh Tun Daim Zainuddin dan beberapa lagi ahli Majlis Penasihat Negara. Gambar Robert Kuok memeluk dan memegang tangan Tun Daim menjadi bualan hangat oleh para netizen di media sosial.

Kredit: Business Times

Majlis Penasihat Negara turut dianggotai oleh lima individu pakar di Malaysia dengan diketuai oleh Daim (bekas Menteri Kewangan), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia), Tan Sri Hassan Marican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) dan Prof Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi terkemuka).

Kredit: Straits Times

Selain itu, tokoh usahawan merangkap individu terkaya di Malaysia ini turut dilihat memberi tabik kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan di Perdana Putra.

Kredit: Twitter

Dalam video pendek yang dimuat naik di Twitter oleh Kelab Chedet, Tan Sri Robert Kuok kedengaran mengucapkan kata-kata seperti:

“Saya tabik. Anda menyelamatkan negara. Sudah tentu dengan bantuan Daim”.

Kredit: Twitter

Kata-kata pujian itu disambut Tun Mahathir dengan gelak tawa dan beliau bersalaman dengan Robert sambil menjawab, “…tetapi saya juga perlu bantuan anda sekarang”.

Ini merupakan pertama kali mereka bertentang mata selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan. Kuok yang dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Negara telah terbang dari Hong Kong atas misi untuk membina semula Malaysia yang baharu.

Kredit: Twitter

Kuok turut memberitahu para wartawan bahawa semua rakyat Malaysia perlu meletakkan kepercayaan mereka terhadap kewibawaan Majlis Penasihat Negara.

“Saya kini menetap di Hong Kong jadi saya jarang menghadiri mesyuarat. Tetapi Tun Daim, Hassan Merican, Zeti dan Jomo adalah individu yang pakar. Percayakan mereka”.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds