Kucing ialah antara haiwan yang unik di dunia ini. Keunikan kucing dapat dilihat daripada sikap dan tingkah lakunya terutama apabila bersama tuan mereka. Antara perkara unik mengenai kucing ialah, mereka tahu dan ingat nama mereka sendiri. Jika anda perasan, apabila anda memanggil namanya telinganya akan bergerak-gerak sebelum ia menoleh ke arah anda.

Kucing yang memang sudah terkenal dengan sikap manjanya sangat suka dibelai di bahagian bawah leher dan dagu. Jika anda menggosok di bahagian dahi, kucing tersebut mungkin akan terlelap dan tidur.

Seperti manusia yang sensetif pada bahagian tubuh tertentu, kucing juga mempunyai bahagian yang sensetif. Kucing tidak gemar apabila disentuh pada bahagian pangkal ekor, bahagian kaki belakang atau tengkuk.

Jika kita menyentuh bahagian ini, mereka akan mengeluarkan bunyi tertentu sebagai tanda protes atau geli. Contohnya kucing dalam video ini, ia mengeluarkan bunyi merengus. Tetapi sekali dengar bunyinya macam suara Donald Duck. Lucu!

Oleh itu, berhati-hatilah apabila menyentuh bahagian tubuh kucing kerana silap hari bulan, anda dicakarnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds