Jika anda memiliki haiwan peliharaan seperti kucing di rumah, pasti ia pernah cuba untuk menolong anda ‘mengemas’ di rumah bukan? Apabila anda menyapu, mereka pun akan turut ikut menyapu dengan cara mereka sendiri. Tidak kurang juga ada haiwan peliharaan yang berkebolehan untuk mengutip sampah dan memasukkannya ke dalam tong sampah.

Kucing dalam video ini nampaknya cuba untuk membantu tuannya membuat kerja-kerja rumah. Ia kelihatan mundar-mandir sambil mendekati sebuah pembersih vakum. Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh kucing itu dengan pembersih vakum itu ya?

Kucing itu duduk di atas pembersih vakum dan menunggu tuannya mengaktifkan barang itu. Rupa-rupanya kucing itu hanya mahu memaut dan melingkar pada pembersih vakum tersebut.

Sesetengah kucing sangat takut akan bunyi yang kuat seperti bunyi yang terhasil daripada pembersih vakum malah ada yang berlari menjauhinya. Tetapi kucing peliharaan ini nampaknya berbeza sekali. Ia dilihat begitu suka dengan barangan tersebut malah terus memautnya sehingga tuannya selesai menggunakannya.

Kucing itu nampaknya tidak kisah jika kepalanya pening kemudian asalkan ia dapat duduk dan terus membiarkan alat tersebut berpusing. Mungkin itu adalah antara barang kegemarannya yang dijadikan sebagai barang mainannya. Macam-macam perangai kucing yang kita tidak sangka bukan?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds