Kita semua tahu betapa pentingnya pemakaian tali pinggang keledar terhadap keselamatan nyawa dan kisah ini pasti membuatkan anda sentiasa beringat untuk sentiasa memakainya di masa hadapan.

Kailee Mills adalah seorang gadis berusia 16 tahun yang tinggal di Houston. Namun, Kailee telah meninggal di usia yang muda setelah terlibat dalam satu kemalangan kereta. Semuanya berlaku gara-gara Kailee membuka tali pinggang keledar untuk mengambil swafoto…

Menurut laporan, Kailee bersama-sama tiga orang rakannya sedang menuju ke sebuah parti. Dalam perjalanan, Kailee memutuskan untuk membuka tali pinggang keledar dan mengambil gambar swafoto secara berkumpulan. Bagaimanapun dalam tempoh beberapa saat kemudian, kenderaan yang dinaiki mereka terbabas setelah melanggar sebuah lagi kereta yang sedang bergerak laju.

Laporan menunjukkan kenderaan yang bergerak laju itu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Kailee dan rakan-rakannya. Kesemua mereka selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan kecuali Kailee. Memandangkan Kailee tidak memakai tali pinggang keledar pada ketika itu, dia telah melayang keluar dari kereta lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kereta terbabas dari laluan. Dia (Kailee) terpelanting keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian. Yang lain memakai tali pinggang keledar dan hanya mengalami cedera ringan. Anak kami pasti hidup lagi jika dia memakai tali pinggang keselamatan,” kata David Mills, bapa kepada Kailee.

Tidak lama kemudian, mereka telah menubuhkan Persatuan The Kailee Mills bagi membantu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pemakaian tali pinggang keledar.

Menurut David, “Tidak kiralah sama ada anda memandu sebatu atau 100 batu. Semua orang akan sentiasa bertanya mengapa ini berlaku? Kami tidak tahu jawapan kepada persoalan itu tetapi kami tahu kami boleh lakukan sesuatu yang positif. Saya fikit ini yang dia (Kailee) mahu kami lakukan”.

Ini merupakan kata-kata yang dikongsikan secara umum oleh Persatuan The Kailee Mills:

Kemalangan kereta merupakan punca utama kematian di negara ini bagi mereka yang berumur setahun hingga 54 tahun. Ia tidak perlu berlaku seperti itu…

Setiap kematian akan meninggalkan keluarga dan rakan-rakan yang terpaksa mencari kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa mereka. Kehilangan seseorang yang disayangi adalah sukar dan menyakitkan.

Kami mahu kisah anak kami menjadi peringatan kepada orang lain tentang kepentingan penggunaan tali pinggang keledar. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan keluarga lain melalui derita yang sama akibat kehilangan seperti yang kami hadapi. Kami juga mahu meneruskan legasi Kailee dalam cara yang mungkin akan dia lakukan untuk membantu orang lain…

Kami memilih kisah anak kami dan menumpukan seluruh tenaga pada sesuatu yang positif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan tali pinggang keledar.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds