Seekor rusa dilihat terperangkap di dalam sungai beku di Taman Estes, Colorado, Amerika Syarikat. Rusa itu cuba beberapa kali untuk keluar dari sungai yang sejuk itu dengan sepenuh tenaganya namun tidak berhasil. Hal ini kerana sebahagian sungai yang telah membeku itu menjadi licin telah menyukarkan rusa untuk memanjat dan berdiri di atasnya.

Mujurlah ketika itu, dua orang anggota polis yang kebetulan meronda kawasan tersebut terlihat rusa itu lalu mereka cuba  menyelamatkannya daripada lemas. Dengan menggunakan tali yang sentiasa dibawa ke mana-mana, polis berkenaan cuba membelitkan tali tersebut pada tanduk rusa terbabit. Mereka cuba menarik keluar rusa itu dari sungai.

Dalam keadaan cuaca yang sejuk, proses penyelamatan menjadi sedikit sukar di mana mereka juga perlu berhati-hati supaya mereka tidak tergelincir lalu jatuh ke sungai. Jika hal ini berlaku pasti keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Rusa dan polis tersebut saling bekerjasama untuk menarik dan ditarik. Rusa itu mencuba sedaya upayanya untuk naik ke atas tebing sungai dengan pertolongan polis dan akhirnya ia pun selamat.

Detik-detik cemas itu telah berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Rusa itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas polis itu membebaskan ikatan tali pada tanduk rusa, mereka meneruskan tugasan meronda kawasan tersebut. Manakala rusa juga dilihat meneruskan perjalanannya dan beredar dari situ. Syukurlah semuanya telah selamat!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds