Ada masanya lautan boleh menjadi tempat yang paling menakutkan di planet ini. Terdapat banyak makhluk aneh yang sebenarnya wujud dan tersembunyi nun jauh di dalam laut yang masih kita tidak ketahui. Namun dengan adanya dokumentari seperti rancangan National Geographic, kita berpeluang melihat dan mengenali makhluk tersebut dengan lebih dekat lagi. Contohnya seperti feather star ini. Apakah itu feather star? Adakah ia sejenis tumbuhan?

Feather star juga dikenali sebagai sea lily (lili laut) kerana bentuknya seperti bunga lili. Ia merupakan salah satu daripada spesies Crinoids yang hidup di kedua-dua air cetek atau laut dalam.

Tidak bertangkai, lili laut ini bergerak bebas di dalam laut dengan menggerakkan ‘tangan’nya yang berbentuk seperti bulu pelepah. Mereka lebih gemar berenang di dasar laut dengan pergerakkan sejauh 5 sentimeter sesaat. Walaupun pergerakkannya tidaklah begitu luar biasa tetapi ia penting untuk kesihatan dan kelangsungan hidupnya.

Penyelam profesional, Els Van Den Eijnden, berjaya merakam pergerakan bintang berbulu ini ketika dia menyertai aktiviti menyelam di Thailand. Ia adalah satu pengalaman yang sangat manis dan mempersonakan kerana spesies lili laut seperti ini sangat jarang ditemui.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds