Baru-baru ini majalah ‘National Geographic’ telah melancarkan kempen kesedaran penuh informasi dan mendedahkan hakikat yang mengejutkan tentang planet bumi yang semakin dicemari. Kempen dengan paparan muka depan majalah ‘National Geographic’ keluaran bulan Jun 2018 yang bertajuk “Planet or Plastic?” (Planet atau Plastik?) bertujuan memberi informasi dan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya memelihara alam sekitar dan memulihkan bumi yang semakin tenat.

Isu terbaru majalah ‘National Geographic’ akan memaparkan kempen kesedaran alam sekitar mengenai pembuangan plastik.

Kredit foto:  National Geographic

Ramai di antara kita sebenarnya menyedari hakikat longgokan bahan buangan daripada plastik telah memenuhi persekitaran yang kita diami.

Kredit foto:  John Cancalosi/ National Geographic

Seorang jurufoto telah membantu membuang satu beg plastik sampah daripada seekor burung bangau di satu tempat pembuangan sampah di Sepanyol. Satu beg plastik boleh membunuh lebih daripada satu ekor burung. Bangkai itu mereput tetapi beg plastik dapat bertahan lama sambil berpotensi membunuh dengan cara melemaskan atau memerangkap haiwan seperti ini.

Kita semua berasa bersalah apabila membuang plastik terus ke dalam tong sampah, dengan mengetahui kita telah menyumbang kepada masalah alam sekitar yang semakin meluas dan ketara serta tidak dapat diatasi dengan mudah.

Kredit foto:  Randy Olson / National Geographic

Di bawah jambatan Sungai Buriganga di Bangladesh, satu keluarga sedang membuka dan mengalihkan label dari botol plastik, mengasingkan mengikut warna dan kemudian menjualnya kepada pengusaha kitar semula. Pengutip sampah dan mengasing bahan kitar semula mampu menjana pendapatan sebanyak RM398.00 sebulan.

Tetapi bagaimana sekiranya kita sendiri yang berdepan akibat yang menakutkan kesan daripada sikap ketagihan menggunakan bahan plastik setiap hari?

Kredit foto:  Jayed Hasen/ National Geographic

Penggunaan plastik terbesar datangnya dari bahan pembungkusan. Kebanyakan sampah yang dibuang di seluruh dunia terdiri daripada plastik sampah yang tidak dapat dikitar semula dan dilupuskan.

Imej yang menyedihkan seperti ini secara hakikatnya menggambarkan kerosakan yang telah dibawa oleh 9 juta tan bahan plastik yang telah dibuang setiap tahun kepada alam sekitar dan hidupan liar.

Kredit foto:  Randy Olson/ National Geographic

Botol plastik yang memenuhi kolam air pancut Cibeles, yang terletak di luar bangunan majlis perbandaran di tengah Madrid. Satu kumpulan pengumpul seni dikenali Luzinterruptus telah memenuhi kolam ini dan dua kolam air pancut lain di Madrid dengan 60,000 botol plastik yang telah dibuang sebagai satu langkah pemberitahuan akan kesan pembuangan plastik kepada alam sekitar.

Salah satu tujuan kempen majalah ikonik ini ialah untuk menarik perhatian pengguna untuk berubah dan menukar cara mereka menggunakan plastik.

Kredit foto:  Jordi Chias/ National Geographic

Satu pukat plastik lama telah memerangkap seekor penyu di Laut Mediterranean di luar Sepanyol. Penyu ini mungkin telah mati sekiranya tidak diselamatkan oleh jurufoto.

Kerana dengan cara kita berubah, walaupun ia amat berat dan sukar, kita perlu membantu pada setiap tahap yang termampu.

Kredit foto:  Shawn Miller

Di Okinawa, Jepun, seekor ketam berlindung dengan menggunakan penutup botol untuk melindungi abdomennya. Para pengunjung mengutip cengkerang di tepi pantai yang biasa digunakan oleh ketam untuk berlindung, dan mereka meninggalkan sampah seperti penutup plastik ini di tepi pantai tersebut.

Majalah ‘National Geographic’ memulakan langkah dengan menghantar edisi terkini majalah ini menggunakan bekas kertas dan tidak lagi menggunakan bekas plastik.

Kredit foto:  Justin Hofman/ National Geographic

Apabila sedang melawan arus, kuda laut biasanya akan berpaut kepada rumput laut atau serpihan semulajadi yang lain. Tetapi dengan keadaan pantai dan laut di Pulau Sumbawa, Indonesia yang telah tercemar, seekor kuda laut telah berpaut kepada satu putik kapas, perkara yang tidak sepatutnya wujud dan berlaku.

Kempen ini telah mengenal pasti beg plastik, botol dan penyedut minuman plastik sebagai bahan pencemar alam sekitar yang bermasalah.

Kredit foto:  David Higgins/ National Geographic

Hampir sejuta air minuman dalam botol plastik telah dijual dalam setiap minit pada setiap hari di seluruh dunia.

Kempen ini merayu pengguna plastik di seluruh dunia supaya berikrar untuk menurunkan kadar penggunaan plastik dengan membuat pilihan mudah yang lebih mesra alam.

Kredit foto:  Brian Lehmann/ National Geographic

Sesetengah haiwan liar kini sudah terbiasa dengan kehidupan di dalam dunia yang dipenuhi plastik, seperti sekumpulan hyena ini yang sedang menyelongkar kawasan pembuangan sampah di Harar, Ethiopia. Apabila haiwan ini melihat lori sampah yang tiba, mereka sudah tahu akan menemui makanan daripada sisa dan sampah. Tidak mustahil haiwan ini pernah memakan plastik.

Bolehkah kita semua berjanji dan berikrar mengurangkan penggunaan plastik?

Kredit foto:  David Jones/ National Geographic

Lebih 700 spesies haiwan marin dilaporkan telah memakan atau terperangkap di dalam plastik dan ada yang telah mati kerananya.

Kredit foto:  OHN JOHNSON

Selama 130 tahun, ‘National Geographic’ telah merakamkan pelbagai kisah dokumentari mengenai planet bumi, dengan memaparkan betapa indah dan cantiknya bumi pada pandangan mata kita semua dengan cara yang menakjubkan.

Kredit foto:  PRAVEEN BALASUBRAMANIAN/NATIONAL GEOGRAPHIC

Menjelang 2050, kita mungkin melihat setiap burung laut di bumi ini memakan plastik.

Kredit foto:  ABDUL HAKIM/NATIONAL GEOGRAPHIC

Pada tahun 2015, lebih 6.9 juta tan bahan buangan plastik telah dihasilkan. Sebanyak 9% telah dikitar semula, 12% telah dijana semula, dan 79% telah dikumpulkan di tapak perlupusan sampah atau di persekitaran lain.

Setiap hari, para peneroka, penyelidik dan jurufoto bagi majalah ‘National Geographic’ telah turun ke lapangan ini dan menyaksikan sendiri bagaimana kesan buruk dan menyedihkan yang telah ditinggalkan oleh setiap penggunan plastik kepada lautan dan situasinya menjadi semakin membimbangkan.

Kredit foto:  Randy Olson / National Geographic

Selepas subuh di Kalyan, di luar Mumbai, India, pemungut sampah telah mula mencari plastik yang masih boleh dikitar semula, disertai oleh sekumpulan burung yang hinggap dan berterbangan mencari makanan. Dari jauh kelihatan lori sampah tiba dari bandaraya bergerak merentasi lembah sampah tersebut. Seorang wanita berkain merah tinggal di tempat pembuangan sampah ini.

Kredit foto:  Randy Olson/ National Geographic

Selepas kepingan plastik dibersihkan di Sungai Buriganga di Dhaka, Bangladesh, Noorjahan akan mengeringkan plastik-plastik bersama anak lelakinya, Momo. Plastik yang sudah bersih akan dijual kepada pengusaha kitar semula, dan hanya separuh sahaja daripada jumlah plastik ini yang boleh dikitar semula secara global.

Kredit foto:  Randy Olson/ National Geographic

Cip plastik berwarna akan dikumpul, dicuci dan diasingkan dengan tangan, kemudian akan dikeringkan di tebing Sungai Buriganga. Seramai 120,000 orang bekerja di dalam industri kitar semula di sekitar Dhaka, di mana 18 juta penduduk akan menghasilkan 11,000 tan bahan buangan atau sampah setiap hari.

Kredit foto:  RANDY OLSON

Recology merupakan pusat pelupusan dan kitar semula bahan plastik di San Francisco, Amerika Syarikat yang menguruskan 500 hingga 600 tan bahan buangan itu setiap hari. Pusat kitar semula ini antara beberapa pusat perlupusan yang menerima beg membeli belah. Sejak beroperasi selama 20 tahun, pusat ini telah mengitar semula bahan buangan yang telah meningkat berlipat kali ganda berbanding jumlah dari tahun sebelumnya.

Menerusi isu ‘Planet atau Plastik?’, kita akan dapat berkongsi kisah bagaimana penggunaan plastik telah menjadi krisis alam sekitar yang semakin menular, memberi kesedaran kepada orang ramai melalui penyelidikan dan penerangan mengikut perkembangan sains terkini, di samping memberi pendidikan kepada penduduk di seluruh dunia tentang bagaimana untuk mengelakkan penggunaan plastik dari memenuhi lautan.

Kredit foto:  Randy Olson/ National Geographic

Beberapa buah lori yang dipenuhi botol plastik untuk dikitar semula di Valenzuela di Filipina. Botol plastik yang sudah dikumpul dan diasingkan akan dijual kepada pengusaha kitar semula, diproses dan dieksport.

Kredit foto:  Randy Olson/ National Geographic

China merupakan pengeluar plastik terbesar di dunia dengan keluaran plastiknya akan dieksport ke seluruh dunia.

Kredit foto:  RICHARD JOHN SEYMOUR

Kredit foto: RICHARD JOHN SEYMOUR

Lihat video di bawah dan pelajari bagaimana satu plastik itu dihasilkan dan kesannya terhadap alam sekitar menurut pandangan dan kaca mata sains.

Carta di bawah pula mencatatkan perkembangan penggunaan plastik dari tahun ke tahun.

Kredit foto:  JASON TREAT AND RYAN WILLIAMS

Sumber: National Geographic / Bored Panda

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds