Ternyata ‘Pilihan Raya Mini’ yang diadakan ini adalah satu perkara yang baik untuk mengajar murid-murid memahami proses sebenar PRU dan sekaligus dapat memahami apa itu maksud demokrasi.

SK Felda Pasoh 2 di Negeri Sembilan baru-baru ini telah mengadakan satu sesi membuang undi untuk pelajar sekolah tersebut mengundi calon guru ‘kegemaran mereka’.

letho Koyok / Facebook

Para pelajar diberi kuasa untuk memilih ‘calon-calon’ iaitu guru-guru sekolah itu sendiri bagi menetukan penerima-penerima anugerah sempena Hari Guru peringkat sekolah tahun ini.

Pelajar turut disediakan dengan stesen untuk membuang undi dan gambar ‘calon-calon’ turut dipaparkan sebagai panduan murid murid dalam memilih calon kegemaran mereka.

letho Koyok / Facebook

letho Koyok / Facebook

letho Koyok / Facebook

Guru Besarnya, Mazda Ujang berkata, menariknya, mereka turut mencelup jari dengan dakwat look-alike supaya tiada murid yang mengundi dua kali secara tidak lansung memberikan keseronokan dan pengalaman baharu dan sebenar kepada mereka.

letho Koyok / Facebook

letho Koyok / Facebook

letho Koyok / Facebook

Menurut Sinar Harian seramai 183 pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 2, bermula dari prasekolah hingga tahun enam menyertai proses pengundian tersebut.

“Proses membuang undi ini dilaksanakan selama 1 jam 20 minit iaitu bermula jam 10.20 pagi hingga 11 pagi.

“Idea itu dicetus oleh Kelab Guru dan kakitangan sekolah, tidak lain untuk memeriahkan sambutan Hari Guru.

“Namun secara amnya kita beri pendedahan pengalaman dalam situasi mengundi seterusnya mendidik murid tentang hak dan demokrasi dalam memilih,” kata Guru Besar kepada Sinar Harian.

Sumber: SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds