Jika anda pernah melancong ke negara China, anda pasti melihat majoriti masyarakatnya yang gemar melakukan pelbagai jenis senaman qigong terutamanya di kawasan terbuka seperti di taman.

Terdapat satu senaman qigong yang semakin dikenali ramai dan disertai oleh masyarakat dari pelbagai lapisan umur. Senaman berunsurkan pergerakan yang lembut dan perlahan ini dilakukan selama sekitar dua jam sebelum masing-masing bergerak untuk menuju ke sekolah atau ke tempat kerja.

 Bandar Changchun pada tahun 1999.

Kredit foto: Minghui

Qigong merupakan sistem senaman perubatan Cina dan dipercayai mampu memberikan kesan yang positif terhadap tahap kesihatan seseorang manusia. Bagaimanapun, qigong ini mempunyai pelbagai jenis sehinggakan ada pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi aktiviti ini bagi menganiaya masyarakat.

 Amalan secara berkumpulan di Guangzhou, 1999.

Kredit foto: Minghui

Namun sekitar tahun 1992, terdapat satu jenis senaman qigong yang tidak pernah diketahui ramai secara tiba-tiba muncul dan mendapat tempat di hati pengikutnya. Hal ini demikian kerana amalan tersebut dikatakan 100% bebas dan menggalakkan orang ramai untuk memperbaiki diri sendiri secara dalaman.

Kredit foto: Minghui

Amalan kerohanian tersebut telah diperkenalkan oleh Master Li Hongzhi dan dinamakan sebagai Falun Gong atau Falun Dafa. Sejak menyertai aktiviti tersebut, ramai pengamalnya memaklumkan bahawa kesihatan fizikal serta mental mereka mulai mencatatkan perubahan yang baik. Malah, segala penyakit yang tidak boleh dirawat di hospital turut sembuh dengan mengamalkan Falun Gong.

 Shenyang, 1998.

Kredit foto: Minghui

“Kurang daripada setahun, segala penyakit migrain, lenguh bahu, buah pinggang, radang usus dan masalah paru-paru telah sembuh… Saya kini bebas daripada sebarang penyakit,” kata salah seorang pengamal Falun Gong.

 Istana Kanak-Kanak di Wuhan, 1 Mei 1996.

Kredit foto: Minghui

Perkara ini turut mendorong mereka untuk menyebarkan kegiatan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga akhirnya, Falun Gong menjadi ikutan rakyat di seluruh negara China.

 Aktiviti Falun Gong di timur laut China.

Kredit foto: Minghui

Orang ramai yang mengamalkan Falun Gong bukan sekadar untuk mengikuti senamannya tetapi juga kerana amalan ini mendidik para pengikut tentang tiga nilai iaitu Sejati, Baik dan Sabar.

 Amalan Falun Gong di Dataran Istana Shijiazhuang pada tahun 1999.

Kredit foto: Minghui

Antara perubahan positif yang dialami oleh segelintir pengamalnya adalah:

  • Individu panas baran menjadi lebih mudah untuk bertoleransi.
  • Mereka yang mengalami masalah dalam perhubungan keluarga kini berjaya mencipta suasana yang harmoni.
  • Pelajar dan pekerja lebih fokus dalam bidang masing-masing.

Sehingga tahun 1999, jumlah keseluruhan pengikut Falun Gong berjaya mencapai lebih daripada 100 juta orang!

Namun begitu, segalanya berubah setelah bekas pemimpin China iaitu Jiang Zemin mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Bagi Jiang, Falun Gong adalah amalan yang bertentangan dengan prinsip pentadbirannya yang bersifat kuku besi atau diktator!

Kredit foto: Minghui

“Musnahkan reputasi mereka, jadikan mereka muflis dan hapuskan mereka secara fizikal,” itulah arahan yang telah dikeluarkan oleh Jiang Zemin kepada Menteri Keselamatan Awam dan juga pasukan polis negara.

Justeru, Jiang Zemin telah mengarahkan angkatannya untuk menghapuskan amalan Falun Gong dengan menjalankan kempen bagi memburukkan Falun Gong di mata rakyat. Selain itu, individu-individu yang masih mahu meneruskan amalan ini akan ditangkap, diseksa, dipenjarakan serta dibunuh!

 Pengamal Falun Gong dibelasah dan dipukul dengan menggunakan pemukul elektrik.

Kredit foto: Minghui

Hal ini membuatkan ramai yang ketakutan sehinggakan mereka tidak berani untuk menyebut perkataan Falun Gong. Kerajaan China turut menyekat pencarian di internet tentang Falun Gong. Jika didapati ada individu yang mencari maklumat mengenai Falun Gong di internet, pihak polis akan segera dikerah untuk menangkap individu berkenaan.

 Pesalah akan dipijak beramai-ramai sebagai salah satu bentuk hukuman yang menyeksakan.

Kredit foto: Minghui

Apa yang lebih mengejutkan adalah pendedahan oleh The Epoch Times mengenai kegiatan Parti Komunis Cina itu yang memperdagangkan organ-organ pelatih Falun Gong.

Kredit foto: Minghui Human Rights Report

Kredit foto: Minghui Human Rights Report

Sebab itulah setiap kali seseorang pesakit datang ke China untuk menjalani pemindahan organ, pihak hospital China mampu mencari penderma yang bersesuaian dalam masa beberapa hari sahaja sedangkan jika anda mencari penderma organ di negara-negara lain seluruh dunia, ianya memakan masa bertahun-tahun!

Kredit foto: NTD Television

Laporan ini turut disahkan oleh bekas Setiausaha Kanada iaitu David Kilgour. David telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut dan menyimpulkan bahawa segala kontroversi mengenai pemerdagangan organ daripada pelatih Falun Gong yang dipenjarakan itu adalah benar sama sekali!

 Ratusan pengikut dan penyokong Falun Gong mengadakan upacara ‘candlelight vigil’ di hadapan Pejabat Konsulat China di New York pada 16 Julai 2017.

Kredit foto: The Epoch Times

Malah, wartawan penyiasat iaitu Ethan Gutmann turut melabel kegiatan tersebut sebagai ‘satu bentuk baharu dalam pembunuhan manusia secara beramai-ramai’.

Kini, orang ramai termasuk masyarakat dari seluruh dunia mulai sedar mengenai kekejaman rejim komunis tersebut dan mahukan pemimpin negara masing-masing untuk bergabung tenaga dalam membanteras tindakan penangkapan pengamal Falun Gong dan membebaskan mereka semula.

Sehingga kini, kekejaman dan penganiayaan terhadap aktiviti Falun Gong telah mencapai tahun ke-19 sejak ia diharamkan di China pada 20 Julai 1999.

Jika anda terdorong untuk membebaskan membebaskan pengamal Falun Gong dari cengkaman diktator ini, sila sertai petisyen yang akan diusulkan kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) DI SINI.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds