Kita mungkin pernah melihat duit tercicir di atas jalan, barangan peribadi seseorang yang tertinggal dan juga duit syiling lama. Setiap kali melihat barangan-barangan ini, pasti kita akan berhenti untuk mengutipnya bukan?

Tetapi sebenarnya, kita tidak patut mengutip barangan ini kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan dan juga keadaan diri anda.

Benar! Ini bukan cubaan, ini betul-betul. Terdapat 10 barang yang ‘diharamkan’ daripada dikutip walaupun niat anda mengutip barangan tersebut untuk memulangkannya kepada si pemilik.

#1. Beg dompet atau sampul berisi wang tunai.

Kredit foto: depositphotos

Pastikan anda sentiasa berhati-hati walaupun niat anda baik iaitu untuk memulangkan dompet berkenaan ke balai polis atau kepada pemiliknya. Dalam kes-kes terburuk, anda mungkin telah diperangkap!

Sebaik sahaja anda memungut beg duit itu, seorang ‘saksi’ akan tampil dan meminta sebahagian wang yang anda temui. Kemudian, muncul pula ‘pemilik dompet’ yang kemudiannya akan menuduh anda sebagai penyeluk saku!

Jadi, jika anda merasa anda diikuti seseorang sebelum menemui beg duit berkenaan, jangan ambil!

#2. Barangan kemas.

Kredit foto: i.ytimg.com

Ini merupakan helah lama. Seseorang akan memanggil anda dan menunjukkan sesuatu di jalan raya. Apabila anda mendekatinya, ia adalah sebutir cincin emas yang berkilau! Namun, individu yang menunjukkan anda barangan kemas tadi enggan menuntut harta tersebut daripada anda sebaliknya mereka hanya mahukan sedikit wang sebagai upah kerana membantu anda menemui harta karun tersebut!

Akhirnya, apabila anda cuba menggadai barang kemas tersebut, anda dapati ia adalah barang kemas palsu…

#3. Alat pendengar atau fon telinga.

Kredit foto: © depositphotos   © depositphotos

Fon telinga adalah barangan peribadi yang mempunyai banyak bakteria. Sama seperti berus gigi atau tuala orang lain, anda juga pasti tidak mahu berkongsi menggunakan fon telinga sebarangan orang!

#4. Pisau atau sebarang alat yang boleh dijadikan sebagai senjata.

Kredit foto: depositphotos

Jika anda tidak mahu terlibat dalam sebarang masalah terutamanya berkaitan pihak polis, lebih baik anda jangan mengutip pisau dan senjata tajam lain yang anda temui di jalanan.

Hal ini demikian kerana pisau tersebut mungkin telah dibuang oleh penjenayah dan sudah tentu anda tidak mahu cap jari anda berada pada pisau berkenaan.

#5. Peranti pemancar-penerima (transceiver) atau alat komunikasi lain.

Kredit foto: © depositphotos   © depositphotos

Jika anda menemui alat seperti walkie-talkie, berkemungkinan besar anda akan ditahan pegawai penguatkuasa perundangan.

Seorang pengguna internet telah kongsikan kisah benar di mana dia telah menemui sebuah walkie-talkie yang masih berfungsi dan terus menghantar mesej yang menyatakan lokasinya. Tindakan lelaki ini menyebabkan dia disabitkan atas kesalahan mencuri.

Sebaiknya, laporkan di mana anda menemui alat tersebut kepada pihak berkuasa dan jangan sentuh alat itu!

#6. Objek aneh yang ditemui di kawasan aktiviti ketenteraan.

Kredit foto: depositphotos

Mungkin alat ini merupakan alat yang menyebabkan letupan. Objek seperti bom tangan, kelongsong peluru dan periuk api sering ditemui di kawasan hutan mahupun tanah lapang.

Pakar mencadangkan jika anda menemui objek-objek ini, jangan kutip atau alihkannya tetapi bergerak perlahan-lahan menjauhi objek tersebut. Jangan lupa untuk laporkan kepada pihak polis atau tentera tentang apa yang telah anda temui.

#7. Duit syiling lama dan artifak.

Kredit foto:  depositphotos

Tahukah anda terdapat beberapa negara menetapkan larangan untuk mencari artifak lama dan juga tinggalan duit syiling dari zaman dahulu?

Pada tahun 2013, mana-mana individu yang mempunyai alat penjejak logam akan dianggap sebagai pengkhianat negara Rusia. Tiada sesiapa dibenarkan untuk menggali artifak lama yang berusia 100 tahun ke atas tanpa mendapatkan sebarang kebenaran khas.

#8. Peniti dan jarum.

Kredit foto: depositphotos

Jangan sesekali kutip alat suntikan picagari dan juga sebarang jarum yang anda temui di mana-mana lokasi sekali pun. Risikonya? Anda mungkin dijangkiti AIDS atau HIV kerana menyentuh alat yang telah digunakan oleh penghidap penyakit itu.

#9. Kad sim.

Kredit foto: depositphotos

Dalam kes ini, kemungkinan besar anda terdedah kepada bahaya di mana anda akan ‘menanggung dosa’ pemilik kad sim ini. Mungkin pemungut hutang akan menghubungi anda setiap hari atau kemungkinan besar juga seseorang telah mencuri telefon lalu membuang kad sim tersebut.

Jadi, jika anda menggunakannya, anda mungkin akan didatangi beberapa pegawai polis yang mengesyaki anda sebagai pencuri telefon!

#10. Anak burung, ulat bulu atau hedgehog.

Kredit foto: © depositphotos   © depositphotos

Jika anda pergi berkelah, anda berpeluang untuk menemui hidupan hutan yang comel dan tidak ganas. Namun harus anda ingat, jangan sesekali bertindak berani dengan memungut anak burung yang terjatuh dari sarangnya. Nanti, anda yang akan diserang oleh ibu burung tersebut.

Di samping itu, anda juga dilarang untuk memegang ulat bulu kerana terdapat segelintir spesiesnya mempunyai racun yang merbahaya walaupun kelihatan cantik di luar. Sementara itu, hedgehog pula merupakan haiwan yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds