Bagi sesetengah orang ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk bangun pagi setiap hari lebih-lebih lagi buat mereka yang terpaksa berjaga sehingga larut malam. Namun, mahu atau tidak mereka harus bangun pagi untuk ke tempat kerja. Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya mereka harus memastikan mereka keluar awal-awal pagi lagi.

Jadi, setiap malam mereka akan memastikan semua jam loceng mereka befungsi untuk mengejutkan mereka keesok hari.

Namun, bagi sesetengah orang mereka lebih suka menggunakan jam loceng ‘semula jadi’ iaitu dengan menggunakan khidmat kucing mereka. Seperti kucing dalam video yang bernama Boo ini, dia nampaknya tidak dibenarkan masuk ke bilik tidur tuannya, jadi setiap hari pada jam 5 pagi dia akan menuju ke bilik tuannya untuk mengejutkan lelaki itu bangun daripada tidur.

Apa yang paling menarik ialah cara dia mengejutkan tuannya. Dia juga tidak putus asa untuk terus mengejutkan lelaki itu sehingga dia benar-benar bangun. Lihat sendiri bagaimana dia mengejutkan tuannya setiap hari, memang comel!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds