Peminat fanatik merupakan golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi selebriti kesayangan mereka. Antaranya memberikan hadiah istimewa, menjadi pengikut setia di akaun sosial mereka dan bermacam-macam lagi.

Lebih menggembirakan lagi jika selebriti tersebut menghargai pemberian peminat dan menggunakan barangan yang diberikan. Pasti individu yang memberikan hadiah tersebut sangat teruja dan terasa bagai mimpi!

Terbaru, tular satu berita yang melibatkan artis terkenal luar negara dari Korea Selatan. Dikatakan Syahirah dan rakan-rakannya telah membelanjakan hampir RM400 untuk membeli dan mengirimkan baju Melayu jenama Jakel yang berharga RM120, sekeping surat dan juga pakaian lain kepada salah seorang anggota kumpulan K-Pop iaitu BTS!

Namun, mereka langsung tidak menyangka baju yang mereka kirimkan kepada Kim Tae Hyung atau V itu akan dipakai semasa beliau menjalani satu sesi latihan di Los Angeles baru-baru ini.

Sudah tentu, Syahirah sangat teruja melihat artis kegemarannya memakai baju Melayu yang dihadiahkan itu. Dia memutuskan untuk mengongsi berita gembira itu di laman Twitter yang kemudiannya meraih lebih daripada 11,000 retweet!

Bukan itu sahaja, cerita mengenai Syahirah menghadiahkan baju Melayu tersebut turut sampai ke pengetahuan pihak Jakel yang kemudiannya menghubungi Syahirah bagi menyampaikan ucapan terima kasih kerana berjaya memartabatkan pakaian kebangsaan negara kepada artis antarabangsa!

Sememangnya satu berita yang pastinya akan membuatkan Syahirah dan rakan-rakan tidak lena tidur selepas ini. Makin sukalah mereka dengan V selepas ini. Heheh!

Sumber: Twitter @peskytae

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds