Haiwan peliharaan adakalanya telah terbiasa dengan gaya hidup kita. Mereka menikmati keselesaan di rumah seperti melepak di atas sofa, tidur bersama di atas katil bahkan ada juga yang suka menonton televisyen. Setiap hari mereka tidak sabar melakukan hal yang sama dan ada juga yang mempunyai rancangan TV kesukaan. Tonton sehingga habis kerana ada sesuatu yang lebih melucukan berlaku di penghujung video ini!

Mungkin kerana sering melihat tuannya menonton filem seram, anak kucing dalam video ini sepertinya tidak mahu melepaskan peluang melakukan hal yang sama.

Mungkin mahu merasakan sendiri debaran menonton filem bergenre seram seperti tuannya. Jadi, dia memutuskan untuk duduk di hadapan TV dan menonton sendiri bagaimana jalan cerita filem tersebut.

Apa yang melucukan ialah melihat reaksinya ketika menonton filem tersebut. Nampaknya dia juga punya perasaan takut yang sukar disembunyikan. Dia kelihatan begitu terkejut dan sangat ketakutan. Dia mungkin tidak faham dialog yang disampaikan tetapi dia tahu bila adegan bahaya dalam filem itu muncul.

 

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds