KUALA LUMPUR – Harga barangan dan perkhidmatan dijangka akan menurun selepas kerajaan mengumumkan penetapan cukai GST pada kadar 0% yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim memaklumkan bahawa adalah penting bagi semua pihak berkuasa yang terlibat dalam memastikan perniagaan mampu memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Kredit: The Edge Markets

“Kemungkinan besar ia tidak akan memberi kesan ke atas inflasi bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita menilai kadar inflasi ketika ini.”

“Inflasi bagi suku pertama dijangka antara dua atau tiga peratus. Namun, berdasarkan pengumuman itu, kita akan menelitinya kembali. Jika perlu, kita akan menyemak semula kadar tersebut,” jelas Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika selepas mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun 2018.

Kredit: Financial Tribune

Berkenaan dasar monetari pula, pihak BNM dikatakan akan sentiasa melihat kadar inflasi berasaskan keutamaan. BNM akan menunggu inisiatif daripada Majlis Penasihat Kerajaan bagi memutuskan sama ada perlu mengubah unjuran 5.6% hingga 6.0% tahun ini atau sebaliknya.

Kredit: BorneoPost Online

Tambah beliau, nilai ringgit akan kekal stabil walaupun setelah berlakunya perubahan kerajaan. Sekiranya berlaku peningkatan mendadak dalam pasaran mata wang, BNM akan menyediakan mudah tunai yang diperlukan kepada pasaran.

“Akan wujud banyak gangguan dalam jangka pendek yang akan menjejaskan ringgit tetapi bagi jangka sederhana dan panjang, ringgit akan menyesuai untuk menunjukkan asas-asas ekonomi.”

Kredit: The Star

Ringgit kini bergerak di bawah paras 4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat berbanding tahun lalu di mana ringgit melebihi 4.0. Hal ini membuktikan bahawa ia menjejaki asas-asas ekonomi.

“Ini membuktikan asas-asas ekonomi kita kekal tidak terjejas dan akan kekal sedemikian pada masa depan.”

Sumber: Free Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds