Pesona, Ria, VIDEO

Seekor kuda berhenti di tengah jambatan dan sepertinya sedang risau akan sesuatu, setelah lihat dari dekat ini rupanya yang sedang berlaku!

Kemalangan boleh sahaja berlaku di mana-mana, oleh sebab itulah setiap daripada kita harus berhati-hati tidak kira di mana dan apa yang sedang kita lakukan. Kita masih beruntung jika ada yang boleh membantu kita jika terlibat dengan apa-apa kemalangan, namun bayangkan jika tiada yang dapat membantu kita ketika kita memerlukan bantuan seseorang, pasti sangat mengkhawatirkan.

Itulah yang berlaku kepada seekor kuda apabila tiada yang dapat membantunya mengeluarkan anak kecilnya yang tersekat di sebuah jambatan. Ibu kuda itu walau nampaknya sudah hilang idea untuk meminta bantuan dan dia juga kelihatannya sangat letih. Apa yang jelas ialah kebimbangannya terhadap anak kecilnya itu.

Tetapi, nasib baik semua itu tidak berlarutan apabila datang seorang lelaki yang menawarkan bantuan untuk menyelamatkan anak kuda itu. Mereka pada awalnya agak risau dengan lelaki itu, bimbang dia akan mencederakan anak kecilnya. Namun, kelembutan lelaki itu akhirnya menyedarkan kuda-kuda itu bahawa dia datang adalah untuk membantu anak kuda tersebut.

Akhirnya anak kuda tersebut berjaya dikeluarkan, pasti mereka berdua sangat berterima kasih dengan bantuan lelaki tersebut!

Era Baru

Kategori:Pesona Ria VIDEO

Pilihan Editor

loading...