KUALA LUMPUR – Jutaan rakyat Malaysia akan kembali menikmati sistem percukaian konsumer yang lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan pada 1 April 2015 menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tindakan ini adalah merupakan langkah susulan yang diambil oleh Kementerian Kewangan bagi menghapuskan kadar GST daripada 6% kepada 0% bermula 1 Jun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan, tindakan mengembalikan SST ini perlu dilakukan disebabkan berlakunya pengurangan hasil daripada kutipan GST setelah kadarnya disifarkan sekali gus akan ditampung oleh pelbagai mekanisme lain.

Tindakan ini juga dikatakan meliputi pelan langkah khusus bagi memperoleh hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi. Langkah ini juga dikatakan sejajar dengan program pembaharuan fiskal yang kini dalam pelaksanaan.

“SST akan diperkenalkan semula. Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan,” jelas Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan untuk melaksanakan GST pada kadar 0 peratus bermula 1 Jun ini sebagai tanda mengotakan janji 100 hari setelah gabungan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Kredit foto: Kementerian Kewangan Malaysia

Pada masa yang sama, harga minyak mentah dunia telah mencatat peningkatan yang ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu sebanyak AS$52 setong.

“Tanggungjawab fiskal, aspek transparensi dan tadbir urus cekap akan diberi lebih keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal negara”.

Kadar GST di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia setelah lebih daripada 300 produk asas pengguna ditetapkan kepada kadar sifar peratus sekali gus membolehkan negara Malaysia memperoleh sumber pendapatan alternatif melebihi RM42 bilion setahun hasil daripada petroleum.

Ia turut dilaksanakan di lebih 190 buah negara yang dipercayai mampu menghalang ketirisan SST akibat penipuan peniaga yang digelar sebagai ekonomi Mafia atau black economy.

Sumber: SAYSMyNewsHub

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds