INSPIRASI, Keluarga, VIDEO

Kanak-kanak autisme sebut perkataan pertamanya ketika berusia lima tahun dan si ibu menangis keriangan

Kanak-kanak autisme sebut perkataan pertamanya ketika berusia lima tahun dan si ibu menangis keriangan

Ibu bapa yang mempunyai anak autisme pasti menghadapi detik-detik sukar khususnya ketika anak mencapai umur satu hingga empat tahun.

Antara kesukaran yang sentiasa dihadapi adalah untuk mengajar anak-anak autisme supaya boleh berkomunikasi secara lisan dengan baik. Sesetengah individu yang dilahirkan dengan keadaan ini terpaksa menanggung masalah komunikasi mungkin untuk selama-lamanya.

Kredit foto: Facebook

Namun, tidak bagi ibu ini yang sangat bangga dan terharu apabila mendengar perkataan pertama yang keluar dari mulut anaknya itu. Mama…

Peristiwa indah ini berlaku sewaktu Brianna Blankenship sedang berada di sebuah restoran McDonald’s. Semasa dia sedang memesan makanan, anak perempuannya iaitu Taylor tiba-tiba menyebut perkataan, “Mama!”.

Kredit foto: Facebook

Perkara ini benar-benar membuat Brianna tersentak kerana anaknya yang berusia lima tahun itu tidak pernah mempunyai keupayaan untuk bercakap sebelum ini.

Brianna turut merakamkan peristiwa ini yang memperlihatkan anaknya ketawa mengekek sambil mengucapkan perkataan Mama berulang kali.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan betapa bersyukur dan terujanya saya sekarang ini.”

Kredit foto: Facebook

Penyebaran video tersebut turut mencuri perhatian ramai netizen di media sosial. Malah, mereka turut menyatakan bahawa video Taylor itu telah memberikan mereka harapan untuk terus mengambil sikap positif mengenai anak autisme.

Tonton video mengharukan ini:

Sumber: inspireMORE
Era Baru

Pilihan Editor

loading...