PUTRAJAYA – Kerajaan akan menamatkan kontrak 17,000 pelantikan politik yang berkhidmat di bawah pentadbiran terdahulu, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 Razak Ghazali / Malay Mail

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun akan mengkaji semula kedudukan penjawat-penjawat awam terbabit yang bergaji rendah seperti pemandu.

“Ada kes-kes seperti pemandu contohnya, mereka ini bergaji rendah, mungkin kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ditanya berhubung penjawat awam yang akan diberhentikan, Perdana Menteri berkata pegawai kanan kerajaan yang telah melakukan kesalahan akan diberi cuti atau digantung perkhidmatan mereka serta merta.

“Ia semuanya bergantung kepada tindakan-tindakan tertentu yang akan dilaksanakan untuk menggugurkan mereka daripada kerajaan,” katanya.

Mengenai pelantikan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Tun Dr Mahathir berkata beberapa kedudukan dalam kerajaan termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan dapat dibuat.

Ketua Persuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzukifli Ahmad, telah melaporkan tugas di Jabatan Peguam Negara selepas meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mengenai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Hashim Abdullah, Tun Dr. Mahathir berkata jika dia melakukan apa-apa yang salah, proses yang sewajarnya akan berlaku untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan.

Tun Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai kenyatannya sebelum ini, di mana beliau mendakwa bahawa pengerusi SPR sengaja menangguhkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.

Tun Dr. Mahathir menjawab, beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyumbatnya ke dalam penjara. Semuanya akan melalui proses perundangan sama ada bersalah atau tidak.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds