INSPIRASI

Dr. Mahathir meramal masa depan dalam ucapannya pada 20 tahun yang lalu

Dr. Mahathir meramal masa depan dalam ucapannya pada 20 tahun yang lalu

Selepas kemenangan Pakatan Harapan, seluruh negara bercakap mengenai kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Satu video lama telah dimuat naik ke media sosial, Facebook mengenai ramalan Dr. Mahathir tentang apa yang terjadi kepada UMNO menjelang tahun 2020. Video itu merupakan ucapannya pada 20 tahun yang lalu. Apa yang mengejutkan adalah perkara-perkara yang beliau sampaikan semuanya menjadi kenyataan!

Berikut adalah ringkasan ucapannya itu:

#1. Pada tahun 2020, ada kemungkinan bahawa UMNO tidak berkuasa lagi kerana rakyat bosan dengan politik wang yang diamalkan oleh parti tersebut.

#2. Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti (UMNO) akan berebut kuasa sehingga tidak akan ada lagi perjuangan untuk kebaikan bangsa tetapi untuk kedudukan mereka sendiri dalam politik.

#3. Pengundi akan bosan dengan UMNO dan akan menolak parti tersebut.

#4. UMNO akan bertahan maksimum sehingga tahun 2020. Namun, sebelum mencapai tahun 2020, kualiti UMNO akan merosot dan sokongan juga akan merosot.

#5. Apabila UMNO lemah, maka Barisan Nasional juga akan menjadi lemah.

#6. Sokongan rakyat tidak akan memihak kepada parti politik yang wujud pada ketika itu, tetapi sebaliknya memihak kepada parti pembangkang yang berbeza sama sekali.

Agak tepat ramalan oleh Dr. Mahathir pada 20 tahun yang lepas.

Tonton video tersebut di bawah:

Era Baru

Kategori:INSPIRASI

Pilihan Editor

loading...