Asia

5 pengeboman dalam sehari berlaku di Indonesia. Berikut adalah maklumat tragedi

5 pengeboman dalam sehari berlaku di Indonesia. Berikut adalah maklumat tragedi

Bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya telah diserang oleh pengganas dalam tempoh 24 jam. Sasaran letupan berkenaan dilakukan terhadap tiga buah gereja, sebuah pangsapuri kos rendah, dan ibu pejabat polis di bandar berkenaan. Ia dilakukan pada masa yang berasingan – hanya selang beberapa jam sahaja.

Kredit foto: CNN

Sehingga kini, polis menuduh tiga buah keluarga bertanggungjawab ke atas serangan itu. Berikut merupakan informasi berkenaan dengan serangan bom berkenaan :-

#1 Sebuah keluarga yang terdiri daripada 6 orang menyerang tiga buah gereja di Surabaya pada pagi Ahad (13 Mei), lapor CNN.

Seorang lelaki dewasa dikenal pasti sebagai bapa, iaitu Dita Sopriyanto memandu sebuah van ke gereja di sana dan menurunkan isterinya, Puji Kuswat dan kedua anak perempuan mereka, di mana masing-masing berumur 12 dan 9 tahun.

Menurut Asian Correspondent, mereka memasuki perkarangan gereja berkenaan dan meletupkan bom yang telah dipasang pada badan mereka. Dita kemudian memandu van yang penuh dengan bom ke Gereja Pusat Pentecostal Surabaya dan bertindak meletupkan van berkenaan.

Anak lelaki pasangan berkenaan yang masing-masing berumur 18 dan 16 tahun menaiki motosikal ke Gereja Katolik Santa Maria dan meletupkan bom yang dipasang pada mereka. BBC melaporkan bahawa Dita mengetuai cabang tempatan Jemaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah rangkaian militan ISIS yang bergabung dengan ISIS. Serangan di gereja berkenaan meragut 14 nyawa manakala 40 yang lain cedera.

Kredit foto: Wall Street Journal

#2. Pada petang Ahad, sebuah lagi keluarga yang terdiri daripada 6 orang dilaporkan telah merancang untuk membuat serangan ke atas Surabaya sebelum bom diletupkan lebih awal di pangsapuri mereka. The Nation melaporkan bahawa pihak polis Jawa Timur berkata insiden berkenaan berlaku di Pangsapuri Wonocolo di Taman Sidoarjo.

Kredit foto: The Nation

Salah seorang suspek, Anton Febrianto dilihat telah memegang pemicu bom apabila beberapa pegawai tiba di lokasi kejadian. Dia kemudian ditembak oleh anggota polis. Isterinya, Puspitasari dan anak sulung mereka telah terbunuh oleh letupan berkenaan. Anak kedua mereka pula membawa adik mereka ke hospital. Anton dan Puspitasari dilaporkan menjana pendapatan mereka dengan menjual kek.

#3. Pada awal 14 Mei, beberapa motorsikal dilihat berlegar-legar di ibu pejabat polis Surabaya sebelum meledakkan bom pada pusat pemeriksaan keselamatan. Laporan BBC mendapati bahawa serangan berkenaan dilakukan oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 orang menaiki 2 buah motorsikal.

4 daripada mereka maut, manakala 4 orang anggota polis dan 6 orang awam dilaporkan mengalami kecederaan. Seorang gadis berusia lapan tahun, yang berada antara ibu bapanya pada salah satu motosikal apabila serangan itu berlaku, tercampak dan terselamat.

Kredit foto: Twitter

Menurut laporan Asian Correspondent, Presiden Joko Widodo berjanji bahawa rang undang-undang anti-keganasan yang baru akan dirangka ekoran lima serangan tersebut. “Ini adalah tindakan pengecut, dan tidak bermaruah,” katanya.

Widodo akan mengeluarkan peraturan menggantikan undang-undang pada bulan depan untuk memaksa melalui rang undang-undang anti-keganasan dilaksanakan jika parlimen Indonesia gagal meneruskannya. Menurut BBC, pihak polis Indonesia akan meningkatkan keamanan di seluruh negara, dengan bantuan pasukan tentera. “Tidak ada kompromi dalam menghentikan keganasan,” tambah Widodo.

Sumber: SAYS

Era Baru

Kategori:Asia

Pilihan Editor

loading...