INSPIRASI, KESIHATAN

Bagaimana rupa kuku itu boleh memberitahu tahap kesihatan anda?

Bagaimana rupa kuku itu boleh memberitahu tahap kesihatan anda?

Pernahkah anda bertanya kepada diri mengapa kuku tiba-tiba menjadi rapuh, kekuningan atau berubah dari warna yang asal? Antara tidak sedar, sebenarnya ini adalah simptom yang boleh memberitahu bahawa anda sebenarnya sedang mengalami masalah kesihatan.

Menurut pakar kulit Dr John Anthony dan Dr Debra Jailman dari Amerika Syarikat, terdapat beberapa simptom penyakit yang boleh ditunjukkan di kuku dan ia tidak boleh dibiarkan serta perlu diambil tindakan segera. Di bawah adalah lapan keadaan dan rupa kuku berbeza yang dapat memberitahu tahap kesihatan anda.

1. Kuku kekuningan.

Kredit foto: Providr

Menurut WebMD, sebab utama kuku menjadi kuning ialah terdapat jangkitan kuman. Akan tetapi dalam kes yang jarang berlaku, ia juga boleh menunjukkan terdapat penyakit yang serius seperti kencing manis, tiroid atau penyakit berkaitan paru-paru. Tabiat merokok juga boleh menyebabkan kuku berwarna kekuningan.

2. Kuku rapuh atau merekah.

Kredit foto: Providr

Dr Debra Jailman menyatakan kuku merekah atau rapuh menunjukkan petanda plat kuku yang amat kering. Keadaan ini boleh mengaitkan anda dengan penyakit tiroid. Begitu juga ia merupakan kesan sampingan kepada penyakit hipotiroidisme yang menjadikan fungsi badan menjadi lemah.

3. Kuku bopeng atau berlekuk.

Kredit foto: Providr

Menurut MedicineNet, kuku berlekuk adalah disebabkan oleh kerosakan dan kecacatan pembentukan lapisan pada plat kuku. Selalunya ia dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penyakit psoriasis.

4. Kuku berbatas-batas.

Kredit foto: Providr

Dr. John Anthony menerangkan sebab mengapa sesetengah orang melihat kuku mereka mempunyai garisan selari di permukaan kuku seperti berbatas-batas, ialah mungkin kuku sedang mengalami trauma secara langsung. Atau mungkin juga disebabkan seseorang itu sedang mengalami masalah kesihatan yang serius, sekiranya lebih daripada satu kuku mengalami keadaan rupa yang sama. Ini kerana tubuh badan anda sebenarnya sedang menumpukan perhatian untuk melawan penyakit yang sedang dialami tetapi tidak menumpukan kepada pembentukan kuku.

5. Kuku berubah warna atau terdapat garisan hitam di bawah permukaan.

Kredit foto: Providr

Menurut WebMD, kuku yang berubah warna atau terdapat garisan hitam pada kuku adalah disebabkan oleh melonoma, satu jenis penyakit kanser kulit yang berbahaya. Melanoma juga akan menyebabkan garisan hitam atau jaluran terdapat di atas kuku. Adalah dinasihatkan supaya anda berjumpa doktor dengan segera apabila terdapat tanda ini di atas kuku.

6. Kuku dengan gigitan.

Kredit foto: Providr

Menurut Medical Daily, kuku yang berbentuk gigitan seperti ini menunjukkan seseorang itu mempunyai simptom penyakit obsesif kompulsif. Jika ia berlarutan dengan rupa yang sebegini, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapat nasihat kesihatan dan psikiatri.

7. Kuku kebiruan.

Kredit foto: Providr

WebMD menerangkan mengapa kuku tiba-tiba menjadi biru, adalah disebabkan badan anda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Anda mungkin mengalami masalah penyakit berkaitan paru-paru dan jantung. Berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan kesihatan.

8. Kuku dengan bintik-bintik putih.

Kredit foto: Providr

Ada yang berpendapat rupa kuku berbintik putih dengan kesimpulan anda mengalami kekurangan kalsium, tetapi Dr John Anthony berkata ia juga berkaitan dengan trauma yang sedang dialami seperti seseorang itu memukul jari-jemari kepada sesuatu.

Sekiranya anda sedang mengalami keadaan rupa kuku yang seperti di atas, berjumpalah dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Sumber: VIRALNOVA

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

Pilihan Editor

loading...