INSPIRASI, Kisah Inspirasi, VIDEO

Seorang lelaki buta ditarik oleh seorang pejalan kaki yang tidak dikenali, orang awam hanya melihatnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku

Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki buta diberi peluang kedua dalam hidupnya, setelah dia ditarik oleh seorang pejalan kaki yang hampir berhadapan dengan situasi meragut nyawa.

Evolusi teknologi untuk membantu terhadap golongan kurang upaya amat menakjubkan, ia membolehkan orang kurang upaya hidup dalam keadaan selesa. Tetapi walaupun dengan perkembangan teknologi sedemikian, masih belum dapat menggantikan tindakan seorang manusia untuk membantu satu sama lain daripada bahaya. Kemalangan masih boleh berlaku. Mike Wyatt, seorang lelaki berasal dari Aurora, Colorado, memberitahu kisahnya yang sukar ini.

Mike, seorang yang mempunyai masalah penglihatan iaitu buta sedang berjalan menuju ke arah landasan kereta api. Dia sama sekali tidak menyedari bahawa sebuah kereta api akan melalui landasan tersebut.

Seorang pejalan kaki menyedari bahaya yang bakal dihadapi oleh Mike, segera berlari kearahnya dan menariknya secara serta-merta saat sebelum dia menjejakkan kakinya ke arah landasan tersebut. Mike berasa amat terkejut dan mengucapkan terima kasih kepada seorang samaritan tersebut.

Mike sentiasa ingat kebaikan samaritan yang menyelamatkan nyawanya. Walaupun Mike tidak tahu rupa penyelamatnya, dia tetap kembali ke stesen kereta api dengan harapan untuk bertemu dengan lelaki yang memberinya peluang kedua dalam hidupnya.

Marilah kongsi cerita ini agar Mike berjumpa kembali penyelamatnya!

Era Baru

Pilihan Editor

loading...