Kejadian letusan gunung berapi bukanlah sesuatu yang baru. Kejadian itu mungkin jarang berlaku tetapi sekali ia meletus ribuan penduduk akan menerima kesan daripadanya. Masih banyak gunung berapi yang masih aktif di dunia khususnya di Asia Tenggara seperti di Indonesia.

Bila bercakap tentang gunung berapi pasti ramai yang akan mula membayangkan lava panas yang mengalir keluar dari ‘perut’ gunung. Anda mahu melihatnya secara lebih dekat? Sudah bersedia?

Fasa pertama letusan melibatkan letupan lava yang panas. Ia berlangsung selama beberapa jam dan aliran lava mengumpul untuk membentuk lapisan nipis lava atau bukit rendah.

Peringkat kedua pula ialah apabila lava mengalir secara berterusan di dalam kawah menjadikan lapisan lava dan bukit yang rendah terus menebal.

Setelah lava sejuk ia biasanya akan membentuk dataran tinggi lava yang meliputi kawasan luas, jika terdapat di pulau, akan meningkatkan kawasan pulau itu.

Walaupun gunung berapi meninggalkan kesan positif kepada tanah tetapi jangan dilupakan tentang bahayanya kejadian ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds