Buat peminat Bruno Mars, pasti anda sudah tahu bahawa beliau bakal mengadakan konsertnya di Malaysia tidak lama lagi – 9 Mei yang jatuh pada hari mengundi kelak. Pastikan anda menjalankan tanggungjawab anda dahulu ya sebelum menikmati konsert penyanyi pujaan anda itu. Tidak lupa juga, anda dinasihati untuk elak daripada menggunakan telefon bimbit di konsert tersebut.

Florent Dechard

Bossip

Hal ini kerana, Bruno Mars sudah diketahui gemar meminta para peminatnya menyimpan segala gajet bagi betul-betul menikmati konsertnya tanpa sebarang gangguan.

Jika anda tidak mengendahkan permintaannya itu, maka anda bakal jadi seperti seorang warga Jepun yang juga peminatnya, di mana Bruno difahamkan mengadakan konsert selama 4 hari (11 hingga 15 April) di Saitama Super Arena.

Sungguhpun bukan semua peminat Jepun itu fasih dan memahami bahasa Inggeris, namun ia bukanlah penghalang buat mereka untuk menghadiri konsertnya itu.

Menurut laporan Japan Today, seorang peminat wanita yang cukup bertuah mendapat tempat di barisan hadapan pentas menerima ‘hadiah’ daripada penyanyi itu ketika konsertnya berlangsung.

YouTube

YouTube

Wanita itu sebenarnya seorang model popular di Jepun bernama Moeka Nozaki. Dia difahamkan telah memuat naik video konsert berkenaan pada laman Instagramnya dan terlalu sibuk menggunakan telefon bimbit – merakam video dan menangkap gambar.

Nozaki dan rakannya juga turut menari sambil membuat rakaman video sebelum Bruno mencampakkan tuala yang telah digunakannya pada wanita itu. Nozaki yang teruja dengan ‘pemberian’ Bruno itu menulis kapsyen “OMG!!I GOT THIS!!!!”

Japan Today

YouTube

Walau bagaimanapun,video berkenaan telah dipadam pada laman sosial Nozaki dan kini para peminat Bruno di Jepun melahirkan rasa tidak puas hati pada model itu kerana tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati Bruno.

Seorang peminat Bruno telah menulis sesuatu di laman Twitter, “Apa yang telah kamu lakukan ketika ribuan peminat sejati Bruno yang berada di belakang sedang menikmati konsertnya? Kami sedang mengekspresikan kegembiraan dan keterujaan kami sedangkan kamu berada di barisan hadapan pentas. Sudah tentu Bruno nampak kamu. Kerana kelakuan kamu, imej negara jatuh. Bruno telah meminta kamu berhenti”.

Listal

Pada tahun 2014, Bruno telah memberitahu Star Advertiser bahawa beliau kurang gemar akan penggunaan telefon bimbit semasa konsertnya sedang berlangsung. Katanya, “Orang pada zaman dahulu yang hadir ke konsert dengan kamera pasti akan menyimpan kameranya. Tetapi sekarang, orang pasti akan membawa telefon pintar dan merakamkan segalanya. Saya mahu peminat hadir ke konsert untuk berhibur dan menikmatinya sama seperti orang pada zaman dahulu. Saya tidak mahu peminat datang dan kemudian berkata, “Saya dah saksikan semuanya di YouTube malam semalam. Apa yang penting adalah persembahan….Itu apa yang saya suka lakukan, itulah ‘hidup’ saya – persembahan dan para penonton. Cuba anda lihat video di bawah:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds