Menurut kepercayaan masyarakat Cina, burung pipit dilihat sebagai simbol kasih sayang dan sering digambarkan dalam lakaran dan lukisan masyarakat Cina sebagai simbol harapan dan kebahagiaan selama beratus tahun. Namun begitu, seorang diktator yang terpesong kepercayaannya telah membuat keputusan untuk menghapuskan spesies tidak bersalah ini, yang akhirnya telah mengakibatkan jutaan manusia telah kehilangan nyawa ketika cubaan dibuat untuk melupuskannya.

Kempen membunuh pipit atau kempen ‘The Great Sparrow’ pada mulanya telah dihasut dan kemudian diarah oleh pemimpin pertama Parti Komunis China, Mao Zedong pada tahun 1958.

Program penghapusan haiwan ini bersama tiga haiwan yang lain iaitu tikus, lalat dan nyamuk telah memberi kesan kepada ekosistem dan kehidupan manusia. Berikutan kempen ini, beratus juta burung pipit pelbagai spesies telah dibunuh.

Kredit :YouTube Screenshot | schurli blumenstein

Tradisi kepercayaan Taoisme pada zaman dahulu mempercayai keperluan kehidupan manusia akan menjadi harmoni bersama kehadiran dan kehidupan alam semulajadi. Tetapi idea dan pendapat Diktator Mao adalah berbeza. Menurutnya pada tahun 1958 semasa permulaan kempen, “Biar gunung ganang menundukkan kepalanya dan sungai-sungai menjerit di sepanjang perjalanannya.”

Kredit : YouTube Screenshot | CwnEnvironment

Selepas parti komunis telah memerintah selama sembilan tahun, Mao Zedong memulakan rancangan ekonomi ‘Kemaraan Raksasa’. Ia merupakan satu rancangan untuk menukar negara China daripada negara pertanian kepada negara industri moden. Diktator ini telah mengarahkan rakyat di seluruh pelusuk negara mengikuti program ini.

Anak mereka ditempatkan di satu pusat penjagaan yang diuruskan oleh pekerja, sementara yang lain telah ditugaskan untuk menjalankan kegiatan pertanian secara kerjasama dan kolektif atau ditempatkan dalam sektor pengeluaran. Ramai yang telah dipaksa untuk bekerja membuat besi dan keluli di belakang rumah dan ladang, sementara kegiatan pertanian secara persendirian adalah diharamkan. Akhirnya ia membawa kesan yang menjadi malapetaka.

Kredit : YouTube Screenshot | CNA Inside

Sebagai langkah melaksanakan kempen kebersihan yang diarahkan oleh Mao Zedong, burung pipit telah menjadi sasaran sebagai salah satu haiwan yang perlu dilupuskan selepas diktator ini mendengar cakap-cakap orang yang burung pipit memakan bijirin. Mao Zedong dalam kata-kata propagandanya berharap semua rakyat akan mengambil bahagian, dan oleh itu mereka mengikut arahan ini dan mula menembak dan menghapuskan jutaan burung pipit.

Kredit : YouTube Screenshot | CNA Inside

Ada yang mengetuk dan membunyikan periuk atau kuali bagi menghalang burung-burung ini hinggap dan berehat di atas pokok sehingga kesemua burung kepenatan.

Kebanyakannya mati kerana burung ini telah diburu dan dikejar, lalu burung ini menjadi takut dengan terbang sepanjang hari sehingga keletihan dan mati dengan sendiri. Sarang burung pipit dimusnahkan, telur-telur dipecahkan dan anak-anak burung pipit dibunuh. Akibatnya, ratusan juta burung pipit telah dibunuh dan dihapuskan.

Kredit : YouTube Screenshot | schurli blumenstein

Dua tahun kemudian, ketua Parti Komunis China ini menyedari, burung pipit juga memakan serangga. Kini serangga perosak tanaman telah tiada pemangsa untuk memakan mereka. Dan sistem ekologi semulajadi telah diganggu dan dimusnahkan.

Serangga perosak tanaman mula merosakkan tanaman padi dan bijirin lain lalu Mao Zedong telah mengarahkan langkah penghapusan ini ditukar, tetapi kini semuanya telah  terlambat. Berjuta kawanan belalang telah menyerang ladang di kampung-kampung dan kini tiada lagi burung pipit untuk memakan belalang perosak ini. Akhirnya semua tanaman telah musnah.

Kredit : YouTube Screenshot | CNA Inside

Rakyat tidak lagi mempunyai sumber makanan untuk memberi makan kepada keluarga masing-masing. Akibatnya 45 juta orang telah mati kebuluran. Ada pengkaji sejarah yang telah menganggarkan jumlah kematian mungkin mencapai 78 juta orang.

Kredit : YouTube Screenshot | CNA Inside

Seorang wartawan Yang Jisheng telah mencatatkan era kebuluran besar ‘Tiga Tahun Pahit’ di China dengan mengumpul beberapa bukti sahih pada era kebuluran besar itu selama beberapa dekad.

Yang berkata, “Terdapat beberapa dokumen yang melaporkan ribuan kes di mana orang yang memakan orang. Ibu bapa memakan anak mereka sendiri dan anak-anak pula memakan ibu bapa. Dan saya tidak dapat membayangkan, masih terdapat simpanan bijirin yang banyak di gudang-gudang penyimpanan negara? Pada masa kritikal rakyat mengalami kebuluran yang dahsyat, kerajaan masih mengeksport hasil bijirin.”

Kredit : YouTube Screenshot | CNA Inside

Yang berkata, “Pada masa pertama kali saya menulis buku ini, ia sangat sukar. Tetapi kemudian saya menjadi terpaku seketika. Apabila anda menulis sejarah, ia adalah hakikat dan anda tidak boleh menjadi emosional. Anda perlu menjadi tenang dan lebih objektif. Tetapi saya masih menjadi marah dan kini saya juga sedang marah.”

Kredit : Youtube Screenshot/ CNA Inside

Buku Yang  Jisheng bertajuk ‘Tombstone’ telah diharamkan di China, kerana ia mendedahkan jenayah yang telah dibuat oleh Parti Komunis China pada era itu. Seperti mana yang dilakukan pada buku ‘Nine Commentaries on the Communist Party‘ yang telah menerbitkan catatan sejarah yang benar tentang Parti Komunis China.

Antara petikan buku ini menyebut, “Sejak Parti Komunis China berkuasa, ia telah meninggalkan beberapa artifak yang sama dalam setiap pergerakan yang dilakukan kerajaan ini, termasuk penghapusan penentang revolusi (1950-1953), ‘Gabungan’ perusahaan awam dan persendirian (1954-1957), Pergerakan Anti Haluan Kanan (1957), Revolusi Budaya (1966-1976), Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen (1989) dan penganiayaan pengamal Falun Gong yang bermula pada tahun 1999.”

Lihat video di bawah.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds