Pernah anda dengar kes tentang bayi yang dilahirkan di dalam kubur? Penemuan sebuah kubur lama di Imola, Itali yang dilaporkan berasal dari awal zaman pertengahan menunjukkan kisah ngeri tentang aspek perubatan pada ketika itu.

Kubur tersebut dikatakan menyimpan sisa-sisa tulang seorang wanita muda dianggarkan berumur 25 hingga 35 tahun bersama dengan rangka tulang bayi yang ditemui berada di celah kangkangnya.

Kredit: Daily Mail

Bukan sahaja itu, terdapat lubang pada bahagian tengkorak wanita tersebut sekali gus membuatkan para pengkaji percaya kematian wanita berkenaan adalah berpunca daripada rawatan pembedahan otak pada zaman itu.

Kaedah yang disebut sebagai trepan ini digunakan untuk merawat segala jenis penyakit dan gangguan ringan seperti masalah kandungan dengan menggerudi lubang pada tengkorak.

Menurut para pengkaji dari Universiti Ferrara dan Bologna, antara masalah yang dialami oleh kaum wanita ketika mengandung adalah demam panas, sawan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Justeru, simptom-simptom ini hanya boleh dirawat dengan kaedah trepan.

“Berdasarkan kepada kesan luka dan peringkat akhir kandungan, hipotesis kami adalah wanita tersebut mengalami preeclampsia atau eclampsia dan dia telah dirawat dengan kaedah trepan bagi menghilangkan tekanan pada kepalanya.”

Dipercayai, wanita berkenaan mampu bertahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Hal ini demikian kerana terdapat kesan tulang yang sedang beransur sembuh sekali gus membuktikan rawatan berkenaan berjaya tetapi kesakitannya tidak dapat ditanggung oleh wanita itu. Kandungannya pula pada ketika itu berkemungkinan besar telah mencapai usia 38 minggu.

Jika sangkaan para penyelidik tepat, berkemungkinan besar ibu berkenaan tidak berjaya dipulihkan selepas menjalani pembedahan tersebut. Oleh itu, dia telah dikuburkan ketika masih lagi mengandung sebelum melahirkan bayinya.

Keadaan ini digelar sebagai ‘kelahiran keranda’. Para pengkaji percaya gas yang keluar daripada tubuh mayat telah memaksa bayi berkenaan keluar secara semulajadi seolah-olah ianya dilahirkan walaupun si ibu telah pun meninggal dunia.

Hasil dapatan kajian telah diterbitkan di dalam jurnal World Neurosurgery. Kes kematian akibat rawatan trepan dan juga kelahiran di dalam kubur itu merupakan salah satu kes yang jarang berlaku dan mengejutkan ramai.

Fenomena misteri dan luar biasa!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds