Foto hebat telah merakam kelahiran bayi ajaib dengan satu kes dalam 80,000 kelahiran apabila seorang bayi perempuan telah dilahirkan dengan kepalanya masih diselaputi kantung amniotik yang tidak memecah.

Pasangan Rachel, 23 tahun dan Nate Burow, 29 tahun dari Buffalo, New York berasa amat terpegun apabila bayi perempuan mereka, Annabelle telah dilahirkan bersama kantung dipenuhi air ketuban yang masih bersambung dengan rahim ibunya.

Pada mulanya, Nate menjadi panik melihat kejadian itu dan bertanya kepada jururawat dengan  situasi yang sedang berlaku.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Biasanya kantung ini bersambung dengan uri dan membekalkan oksigen kepada bayi. Kantung amniotik akan memecah dengan sendiri apabila tiba saat kelahiran yang juga dikenali ‘pecah air ketuban’.

Namun begitu, kantung ini tidak memecah secara semulajadi dan masih menyelaputi kepala Annabelle seperti belon, walaupun selepas para doktor yang bertugas menghiris sedikit kantung tersebut apabila mereka menyambut kelahiran Annabelle dengan kaedah pembedahan caesarean.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Nate Burow sempat merakamkan saat bersejarah dan dramatik ini pada 21 Februari 2018 melalui kameranya selepas Annabelle telah selamat dilahirkan dengan berat 3.8 kilogram.

Pada saat kelahiran tersebut, Nate yang berada di sisi Rachel menjadi panik dan bimbang apabila melihat Annabelle telah ditarik dengan wajahnya seperti belon dan Nate memikirkan sebahagian daripada organ Rachel telah turut terkeluar.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Nate berkata, apabila melihat reaksi beberapa orang jururawat yang membantu menyambut kelahiran itu, dia menjadi keliru dan sedikit panik lalu bertanya kepada mereka apa yang sedang berlaku. Jururawat kemudian menyuruhnya supaya segera mengambil gambar kerana mereka tahu kelahiran ini amat istimewa dan jarang berlaku.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Menurut Rachel pula, doktor yang menyambut kelahiran tersebut berkata kelahiran bersama kantung amniotik amat jarang berlaku dan ia juga telah menyebabkan para doktor dan jururawat menjadi turut terpegun dan terkejut.

Setelah melihat gambar yang telah dirakam suaminya, Rachel merasakan kelahiran Annabelle begitu menakjubkan dan luar biasa.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Walaupun kelahiran ini amat luar biasa, Annabelle tidak mengalami apa-apa komplikasi dan telah selamat dilahirkan dalam keadaan yang sihat.

Kredit : Nathan Burow/SWNS.com

Kelahiran bersama kantung amniotik jarang terjadi dengan satu kes dalam setiap 80,000 kelahiran.

Terdapat juga kejadian bayi dilahirkan dalam keadaan dikenali sebagai kelahiran ‘en caul‘ apabila bayi dilahirkan dalam kantung amniotik secara sepenuhnya bersama cecair ketuban atau amnion masih berada di dalamnya dan bayi dilahirkan dalam keadaan terapung.

Keadaan ini tidak berbahaya apabila doktor pakar akan memecahkan kantung amniotik  sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds