Logiknya, tiada siapa yang mahu ditangkap kerana melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Hal ini kerana ia akan menjejaskan reputasi kita, dan kita terpaksa meringkuk dalam penjara, membayar denda ataupun melakukan khidmat masyarakat.

Kesalahan tersebut bukanlah terlibat dalam penyalahgunaan dadah, bunuh, rompak dan sebagainya. Tahukah anda ada banyak perkara yang boleh menyebabkan anda ditangkap? Semak senarai di bawah :

#1 Bermain mercun atau bunga api

ismaweb

Yang ini memang digemari rakyat Malaysia, terutamanya sewaktu musim perayaan. Namun, ia sebenarnya telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil 1995 di mana anda boleh dipenjarakan sebulan ataupun didenda RM100.

#2 Anjing peliharaan anda mengejar seseorang

spn

Khas untuk pemilik anjing di luar sana. Jika anjing anda didapati berkelakuan nakal dengan mengejar individu tanpa sebab, anda berisiko untuk didakwa di bawah Seksyen 6 akta berkenaan yang membawa kepada denda sebanyak RM100.

#3 Membakar sampah

The Star

Mungkin kita sudah terbiasa mengikut jejak langkah orang tua kita yang membakar sampah bertujuan untuk menghapuskan daun-daun kering dan sebagainya. Kadang kala ia dapat menghalau nyamuk juga. Tetapi, ia ternyata salah kerana dan tertakluk di bawah Seksyen 4 akta yang sama. Anda boleh didenda RM50.

#4 Memainkan muzik dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman

Mesti kita mempunyai seorang jiran yang gemar memasang lagu, berkaraoke dan bermain drum pada tahap bunyi yang kuat. Tidak selesa? Maka anda boleh melaporkan kejadian berkenaan dan ia tertakluk di bawah Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 dan boleh didenda sebanyak RM100. Hal ini kerana memainkan alatan muzik selepas tengah malam adalah salah kerana ia mengganggu orang lain.

#5 Mengancam, menghina secara lisan ataupun bertulis

Bagi yang suka membuli, padan muka anda kerana menurut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, bagi sesiapa yang didapati mengancam dan menghina individu lain secara lisan mahupun bertulis (membawa kepada pergaduhan) boleh menyebabkan mereka didenda RM100.

#6 Memakai pakaian bercetak celoreng

Muhd Asyraf Sawal

Daripada segi fesyen, pemakaian pakaian bercorak celoreng menzahirkan sisi kasar dan garang seseorang. Namun daripada segi undang-undang, ia salah.

Menurut Seksyen 25A. (1) akta berkenaan, hanya tentera sahaja yang layak memakai pakaian celoreng. Jika anda didapati bersalah memakai pakaian berkenaan, denda sebanyak RM500 boleh dikenakan dan penjara sehingga 6 bulan.

#7 Meletakkan objek (kon/batu) sebagai satu simbol telah ‘dicop’ di tempat awam

Daily Mirror

Tidak kiralah di kawasan perumahan atau kawasan awam, rata-rata rakyat Malaysia memang suka ‘mengecop’ petak parkir mereka sendiri dengan meletakkan objek seperti batu, baldi, kon dan sebagainya sebagai simbol bahawa mereka telah merizabkan petak tersebut.

Sekalipun pihak kedai meletakkan objek di parkir hadapan kedai mereka, ia tetap salah jika tiada permit. Parkir yang dirizab secara sah akan diwarnakan dengan garisan warna merah. Jika tidak, anda akan didenda RM500 jika didapati bersalah.

#8 Meludah di tempat awam

Pernahkah anda berada di tempat-tempat awam, dan anda ternampak seseorang meludah berdekatan anda? Sudahlah kotor, bayangkanlah  orang lain terpijak. Menjijikkan!

Menurut Seksyen 15(1)(d) akta yang sama, seseorang tidak dibenarkan meludah di kawasan awam. Jika anda mahu meludah, sila berbuat demikian di dalam longkang. Jaga kelakuan dan tatasusila ketika berada di tempat awam.

Sumber: Minor Offences Act 1955

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds