Ramai orang menggunakan lilin wangi untuk mewujudkan suasana nyaman dan mendamaikan di dalam rumah. Tetapi tidak semua orang yang tahu, lilin wangi juga boleh membahayakan dan menjadi bahan penyebab kanser berdasarkan kajian baru yang dilakukan oleh pakar.

Kajian ini tidak mendapat perhatian sehingga Meghan Budden mengalaminya sendiri apabila beliau mendapati sesuatu yang tidak kena telah mengganggu kesihatan bayi lelakinya.

Meghan sedang menjaga anak lelakinya apabila mendapati terdapat bintik-bintik hitam misteri di dalam lubang hidung bayi itu.

Kredit foto: Facebook/Meghan Budden

Apa yang Meghan tidak tahu ialah bintik-bintik hitam seperti itu adalah antara penyebab kematian kepada 20,000 orang di Amerika Syarikat pada setiap tahun.

Meghan Budden yang tinggal bersama suaminya, Jeff di New Jersey sedang menjaga anak lelakinya, Jimmy apabila beliau mendapati terdapat kesan bintik-bintik hitam di atas kain pengelap. Dan apabila Meghan melihat dengan lebih dekat, ibu ini telah melihat bintik-bintik hitam itu juga terdapat dalam lubang hidung bayi lelakinya.

Kredit foto: Youtube/CBS New York

Meghan masih tidak mengetahui apa punca yang telah menyebabkan bintik-bintik hitam itu, dan apabila beliau membersihkan hidung Jimmy, jelaga hitam itu masih ada.

Kemudian, Meghan telah menyedari jelaga hitam itu datangnya daripada lilin wangi yang dipasang olehnya.

Meghan telah memeriksa kotak lilin wangi dan beliau melihat tanda amaran dengan tertulis, “Jangan menyalakan lebih daripada tiga jam pada satu masa.”

Kredit foto: Wikipedia

Lilin wangi Meghan mula menghasilkan jelaga, yang telah merebak ke seluruh bilik Jimmy sehingga menyebabkan bayi kecil ini tiada pilihan melainkan bernafas bersamanya.

Kes yang dialami oleh bayi Meghan ini telah menunjukkan akan risiko dan bahaya menyalakan lilin wangi pada masa yang lama di dalam rumah. Dan kajian pakar itu ternyata benar.

Kredit foto: Youtube/CBS New York

Dengan menyedut zarah kecil yang dikeluarkan lilin wangi yang dinyalakan secara berterusan, ia boleh menyebabkan penyakit berkaitan jantung, asma, penyakit paru-paru dan lain-lain penyakit berkaitan pernafasan. Di Amerika Syarikat sahaja, 20,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat mendapat penyakit berkaitan terdedah kepada jelaga. Kebanyakannya mendapat serangan asma.

Kredit foto: Wikipedia

Jelaga yang dikeluarkan oleh lilin wangi sangat halus sehingga ia tidak dapat dikesan di udara.

Pakar kesihatan menyarankan sekiranya anda mahu membakar lilin wangi di dalam rumah, pastikan anda melihat keadaan lilin tersebut dari masa ke semasa. Sila potong sumbu nyalaan yang sudah hitam dan hanya menyalakannya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Kredit foto: Facebook/Darceys Fire

Apabila anda melihat jelaga hitam telah dikeluarkan daripada lilin tersebut, matikan ia dan letakkan lilin wangi tersebut ke tempat yang terdedah dengan udara luar pada kadar segera.

Kredit foto: Facebook/Meghan Budden

Meghan Budden bernasib baik kerana telah menyedari perkara ini dengan segera. Kini Jimmy tidak lagi terdedah kepada risiko dan bahaya yang didatangkan oleh lilin wangi. Meghan akan memastikan setiap tanda amaran di label kotak lilin wangi diperiksa terlebih dahulu sebelum menyalakannya untuk jangka waktu yang telah ditetapkan sahaja.

Sumber: Newsner

Share
Kategori: Keluarga KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 10 seconds