Setiap orang mempunyai gaya tidur yang berbeza, ada yang suka mengiring, ada yang suka lebih nyenyak jika tidur terlentang dan ada juga yang tidur dengan meniarap. Tetapi berapa ramai antara kita yang sedar bahawa gaya tidur sebenarnya dapat menggambarkan personaliti sebenar kita?

Jadi, apakah posisi tidur kegemaran anda setiap malam? Pilih salah satu dan lihat apa yang dikatakan mengenai personaliti anda:

Posisi Log

Kedudukan log, di mana anda mengiring sama ada pada sebelah kanan atau kiri dan kaki diluruskan dengan lengan di sisi tubuh.

Kedudukan tidur seperti ini mungkin kelihatan kaku, tetapi seseorang yang tidur seperti ini adalah seorang yang tegar.

Mereka yang tidur dalam posisi ini juga dikenali sebagai seorang yang sangat sosial dan mudah bergaul. Walaupun mereka suka berbual dengan semua orang tetapi mereka sebenarnya lebih suka bergaul golongan tertentu.

Mereka juga mudah mempercayai seseorang sehingga adakalanya membuatkan mereka mudah tertipu atau diperdaya orang.

Gaya seperti Yearner

Kedudukan ini kelihatan seperti log, iaitu dengan mengiring pada sebelah kanan atau kiri tetapi bezanya ialah tangan yang diletakkan di depan.

Kajian mengatakan bahawa orang yang memilih kedudukan ini biasanya seorang sangat sopan, menarik dan terbuka. Namun, mereka juga adakalanya boleh mencurigakan sesuatu dan menjadi sangat sinis. Selain itu, mereka yang tidur seperti ini dikatakan agak lambat dalam membuat sesuatu keputusan tetapi sebaik sahaja keputusan dibuat tiada siapa yang boleh mengubahnya.

Gaya seperti Askar

Seseorang yang tidur dalam kedudukan tentera adalah orang yang tidur terlentang dengan tangan lurus di sisinya.

Mereka yang tidur dalam keadaan ini dikatakan seorang yang kuat, pendiam dan tidak suka akan kekecohan. Mereka juga seorang yang sangat berstruktur dan mengambil serius akan setiap orang yang ada di sekeliling mereka.

Tidur dengan meniarap

Mereka yang tidur meniarap dengan kepala yang menghadap ke tepi dan tangan diletakkan di atas bantal merupakan mereka yang mempunyai personaliti yang terbuka. Mereka juga seorang yang bersahaja tetapi adakalanya mereka juga boleh menjadi seorang yang tidak bersopan.

Mereka mungkin kelihatan bersemangat sepanjang masa tetapi dalam diam mereka sebenarnya menyembunyikan perasaan cemas dan takut. Mereka boleh dikatakan sebagai seorang yang berani mengambil risiko tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya sangat sensitif terhadap kritikan.

Gaya seperti tapak sulaiman (starfish)

Sekali pandang kedudukan tidur seperti itu kelihatan seperti kaktus. Mereka yang tidur dalam posisi ini dikatakan seorang yang sangat setia dalam persahabatan serta menjadikan hubungan persahabatan itu adalah sesuatu yang penting dalam hidup mereka.

Selain itu, mereka yang tidur dengan gaya tapak sulaiman adalah seorang pendengar yang baik. Mereka suka mendengar masalah orang lain dan selalu membantu mencari jalan keluar kepada masalah tersebut.

Gaya seperti janin

Kedudukan janin adalah di mana seseorang tidur mengiring dengan kakinya dibengkokkan. Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh pakar tidur, Dr Chris Idzikowski yang juga merupakan pengarang buku “Learn to Sleep Well”, mengatakan bahawa 41 peratus orang tidur dengan cara seperti ini.

Mereka yang tidur dalam keadaan ini adalah mereka yang kelihatan kuat pada luarannya tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat sensitif dan pemalu. Mereka juga dikatakan seorang yang terlalu banyak berfikir dan sering merisau tentang sesuatu yang tidak penting.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds