Apabila kita mendengar tentang ramalan cuaca pastinya kita akan mula bersiap sedia dengan segala keperluan, payung atau mungkin baju hujan jika perlu. Tetapi, haiwan tidak dapat melakukan seperti apa yang kita lakukan dan mereka hanya bergantung kepada kita untuk menjaga mereka walau dalam keadaan apa pun.

Baru-baru ini sebuah video seorang lelaki tua yang melindungi anjingnya yang sedang dalam kehujanan viral di internet. Melihat betapa dia sangat menjaga dan melindungi hatinya telah buat ramai yang tersentuh!

Facebook

Rakaman tersebut telah dirakam dan dimuat naik oleh seorang penduduk tempatan yang menyaksikan kejadian tersebut. Alilee Shalom Galilee dikatakan telah merakam video itu semasa dia pergi ke Pasar Agdao di Davao City, Filipina.

Facebook

Sebaik sahaja hujan mulai turun lelaki tua itu segera menyarungkan sejenis plastik berwarna biru ke tubuh anjing kesayangannya untuk melindunginya daripada terkena hujan. Selepas itu lelaki tua itu memakaikan sebuah topi buat anjingnya, jika diperhatikan topi itu memang sudah tersedia di dalam bakul basilaklnya dengan saiz yang sesuai bagi anjing itu.

Facebook

Melihat aksi mereka itu menunjukkan betapa ‘manisnya’ hubungan mereka berdua. Lelaki itu nampaknya sangat menyayangi anjingnya sehingga sanggup menjaganya seperti dirinya sendiri. Anjing itu pastinya sangat bertuah kerana mendapat tuan sebaik itu!

Agdao Market Davao City.# Love and care for his Dog. "Wow" Amazing love, super care nya ang kanyang aso

Posted by Alilee Shalom Galilee on Saturday, February 24, 2018

Sumber: inspireMORE
Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds