Kanak-kanak sememangnya suka makanan yang bergoreng jika dibandingkan dengan makanan berkhasiat lain seperti sayur-sayuran, nasi atau buah-buahan. Tetapi sebagai ibu bapa anda jangan terlalu mengikut sangat kehendak anak-anak. Tidak salah untuk memanjakan mereka dengan makanan ringan sekali sekala tetapi pastikan makanan tersebut bersih dan selamat untuk dimakan.

Ibu bapa juga harus peka dengan tahap kesihatan anak, pastikan mereka tiada alergik untuk makan makanan ringan. Seperti apa yang dikongsikan oleh ibu ini dimana anaknya mengalami alahan kulit gara-gara makan makanan luar. Apa dan bagaimana boleh terjadi? Ini ceritanya…

Anak merengek tiba-tiba pada tengah malam.

Terkejut melihat muka anak mula membengkak!

Doktor kata mungkin alergik haiwan, tetapi tiada haiwan yang dipelihara di rumah…

Rupa-rupanya terkena jangkitan ‘Urticaria’ yang berpunca daripada makanan.

Bukan hendak menunding jari kepada sesiapa, tetapi kedua-dua pihak- ibu bapa dan penjual harus lebih berhati-hati selepas ini. Penjual haruslah memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat untuk dimakan manakala ibu bapa harus lebih peka memilih makanan untuk anak-anak mereka. Jika mereka alergik dengan sesuatu makanan elakkan, walaupun mereka berkeras mahukannya.

Sumber: dylawok

Era Baru

Share
Kategori: Keluarga KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 10 seconds