Pada awal bulan Oktober, Moonglade Rose seorang penyelamat haiwan menemui seekor anak kucing yang parah dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Anak kucing yang malang itu dikejarkan ke bilik kecemasan untuk rawatan segera, bersyukur atas keputusan untuk mendapatkan rawatan segera anak kucing itu sembuh sepenuhnya dan dalam keadaan yang sihat. Walaupun anak kucing itu dalam keadaan mengigil ketakutan.

Anak kucing itu dinamakan Opie oleh Moonglade dan membawanya balik ke rumah dengannya. Dalam rumah kediaman Moonglade juga mempunyai seekor kucing peliharaan yang diselamatkan olehnya bernama Andy. Andy selaku kucing dewasa yang dominan dalam kawasan rumah membuatkan Moonglade tertanya-tanya apakah reaksi tindak balas yang diberikan oleh Andy apabila tuannya akan menemukan ia seekor anak kucing untuk tinggal bersama. Namun Moonlade tidak merasa bimbang akannya.

Kredit foto: happiest.net

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Opie mengeluarkan tangisan bunyi. Andy mendengar bunyi itu dan berlari menuju ke arah Opie untuk membantunya. Andy mengalu-alukan kedatangannya ke dalam rumah dan lantas menggunakan tangannya seolah-oleh seperti memeluk seluruh badan anak kucing itu untuk memberikan keselesaan dengan membelainya.

Kredit foto: happiest.net

Andy menyambutnya dengan segera dan mencium sambil memeluknya.

Memberitahu bahawa anak kucing itu dalam keadaan selamat, Andy akan tinggal serumah dengan rakan barunya sepanjang malam pada hari pertama di rumah. Kelihatan Opie mempunyai seekor abang baru.

Kredit foto: happiest.net

Pasangan kucing itu nampaknya serasi bersama dan cepatnya, Andy meletakkan tangannya sekitar tepi badan Opie. Moonglade seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku bahawa Andy bersifat penyayang dan meminati Opie.

Kebarangkalian yang membuatkan mereka serasi bersama disebabkan kedua-dua mereka pernah mempunyai masa lampau yang sedih buat mereka. Andy sendiri ditemui ditinggalkan di sebuah stesen minyak dan bernyawa-nyawa ikan sebelum diselamatkan.

Kredit foto: happiest.net

Keesokan harinya, Moonglade dikejutkan oleh kedua-dua Andy dan Opie untuk meminta perhatian belaian manja. Walaupun mereka berdua kelihatan seperti biasa sahaja, tetapi mereka tahu bahawa mereka memerlukan antara satu sama lain.

Walaupun Opie telah disediakan tempat tidur khas untuknya. Setiap kali selepas hidangan, Opie akan memanjat ke pangkuan dada Moonglade untuk tidur sejenak dengan membengkokkan badannya sambil mengeluarkan bunyi manja.

Kredit foto: happiest.net

Opie dalam keadaan nyenyak ketika berada di pangkuan Moonglade.

Andy sentiasa berada sekitar Moonglade dan adik barunya Opie, dia tidak akan sesekali meninggalkan mereka berjauhan. Pendek kata, kedua-dua kucing yang diselamatkan itu telah menemui sebuah tempat tinggal yang selesa buat mereka yang penuh dengan kasih sayang.

Kredit foto: happiest.net

Kredit foto: happiest.net

Walaupun sebelum ini Andy amat manja dan suka dibelai oleh Moonglade, nampaknya Andy kelihatan lebih banyak meluangkan masanya dengan teman barunya Opie. Ia kelihatan sentiasa memberikan Opie perhatian yang penuh kasih sayang. Setelah melalui keadaan yang perit, hidup Opie kini indah dimana dia telah merasa disayangi semula pada bila-bila masa sahaja.

Kredit foto: happiest.net

Andy memberikan kasih sayang, mengajarnya tempat untuk membuang air kecil dan besar. Melompat dan mendarat menggunakan kedua-dua kakinya, membawa bermain bersama dan bagaimana cara untuk memburu. Tapi, kebanyakan masa yang diberikan oleh Andy adalah membelai Opie.

Seperti kisah hidup Moonglade, dia memberitahu ketika dia masih kecil dia telah dibesarkan oleh keluarga angkat. Walaupun sekarang dia telah menemui semula keluarga kandungnya sendiri, dia masih merasa kekosongan dalam hidupnya sehinggalah kehadiran Andy yang akhirnya memenuhi semula jiwanya yang kosong. Sekarang adalah giliran Opie pula untuk memenuhi hidup Andy.

Kredit foto: happiest.net

Nampaknya Moonglade bukan sahaja menyelamatkan kedua-dua ekor kucing tersebut, tetapi mereka juga menyelamatkan Moonglade.

Kredit foto: happiest.net

Enam minggu telah berlalu sejak Opie menyertai keluarga barunya, mereka semakin hari semakin erat daripada sebelumnya. Betapa bertuahnya mereka akhirnya telah memenuhi antara satu sama lain.

Sumber: happiest

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds