Masa berlalu begitu pantas! Anda mungkin perasan perbezaan paras rupa karakter filem bersiri kegemaran anda.

Pada pertama siri dan akhir siri, pelakon yang memainkan karakter semakin meningkat usia. Lebih-lebih lagi filem bersiri yang mempunyai banyak siri lanjutan, anda akan perasan paras rupa karakter ada yang berubah dan ada yang tidak berubah.

Berikut adalah perbezaannya:

#1. Neville Longbottom – perbezaan 10 tahun

© warnerbros

Semasa Harry Potter and the Sorcerer’s Stone (ini adalah siri pertama filem tersebut), pelakon, Matthew Lewis berusia 11 tahun.

Selepas menonton filem Harry Potter dari masa ke masa, kita menyaksikan seorang budak muda yang lucu berubah menjadi lelaki kacak.

Pelakon ini berusia 21 tahun ketika filem terakhir, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II sedang dalam proses produksi.

#2. Isabella Swan / Bella Cullen – perbezaan 4 tahun

© summitentertainment

Pelakon, Kristen Stewart hanya berumur 17 tahun ketika filem pertama Twilight dalam produksi pada tahun 2008. Dia berusia 22 tahun ketika filem terakhir pada tahun 2012. Walaupun semakin berusia, wataknya dalam filem itu terperangkap pada usia 18 tahun.

#3. Thor – perbezaan 7 tahun

© marvel

Chris Hemsworth, pelakon yang tinggi dan kacak berusia 28 tahun semasa penggambaran filem pertama Thor. Pada masa itu, pelakon itu tidak memerlukan sebarang solekan untuk kelihatan seperti God of Thunder Scandinavia. Tetapi dalam filem, Avengers: Infinity War, yang akan ditayangkan pada tahun ini, kita akan melihat Thor dengan rupa yang berbeza – dan bukan kerana pelakon itu kini berusia 34 tahun.

#4. Michael Corleone – perbezaan 18 tahun

© paramount

Pelakon berkarisma, Al Pacino berusia 32 tahun semasa filem pertama The Godfather pada tahun 1972. Dia berusia 50 tahun dalam filem The Godfather yang terakhir pada tahun 1990.

#5. John Dorian – perbezaan 9 tahun

© abc

Pelakon Zach Braff membintangi musim pertama Scrub pada tahun 2001 pada usia 26 tahun. Pada musim terakhir Scrub dikeluarkan pada tahun 2010, dia berusia 35 tahun. Sayangnya tidak akan ada lagi musim baru yang akan diterbitkan.

#6. Indiana Jones – perbezaan 27 tahun

Pelakon, Harrison Ford yang memainkan watak utama dalam filem Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark berusia 39 tahun ketika filem itu ditayangkan pada tahun 1981. Pada tahun 2008, Ford berusia 66 tahun dalam siri filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

#7. Legolas – perbezaan 13 tahun

© warnerbros

Orlando Bloom mula-mula muncul dalam The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring pada tahun 2001 dan ketika itu dia berusia 24 tahun.

Pada tahun 2014 apabila filem terakhir, The Hobbit: The Battle of the Five Armies dia sudah berusia 37 tahun. Tetapi terima kasih kepada artis solek yang mahir, Orlando Bloom kelihatan masih muda.

#8. Dominic Toretto-perbezaan 16 tahun

© universalpictures

Vin Diesel nampaknya tetap sama dalam setiap siri filem Fast and the Furious. Dalam siri pertama Fast and Furious pada tahun 2001, Vin Diesel berusia 34 tahun. Van Diesel berusia 50 tahun ketika filem Fate of the Furious ditayangkan pada 2017.

#9. Black Widow – perbezaan 8 tahun

© marvel

Pelakon menawan, Scarlett Johansson pertama kali muncul dalam peranan Natasha Romanoff dalam filem Iron Man 2 pada tahun 2010. Kebanyakan peminat komik menyukai pelakon berusia 26 tahun itu kerana kelihatan sesuai dengan wataknya.

#10. Obi-Wan – perbezaan 6 tahun

© lucasfilm

Pelakon, Ewan McGregor berusia 28 tahun ketika memainkan peranan Jedi dalam Star Wars Episode I: The Phantom Menace pada tahun 1999. Dan pada usia 34 tahun, dia sekali lagi memainkan peranannya dalam Star Wars Episode III: Revenge of the Sith dalam 2005. 

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds