McDonald’s telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menarik balik hidangan Cheeseburger itu daripada set hidangan Happy Meal. Kenyataan itu telah menarik perhatian para penggemar restoran francais tersebut.

Ini disebabkan oleh pengumuman pada baru-baru ini bahawa mereka (McDonald’s) akan melaksanakan program penambahbaikan terhadap menu Happy Meal di seluruh 120 cawangannya atas usaha untuk menawarkan hidangan yang seimbang dan memudahkan pengurusan bahan.

Perubahan ini akan dilaksanakan menjelang tahun 2022 dan berharap dengan ini pelanggaan atau penggemar McD akan lebih peka terhadap pamakanan dan nutrisi yang diambil oleh mereka.

Akhbar juga menyatakan, langkah ini diambil untuk mengukuhkan pemasaran yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak, dan juga meningkatkan pemasaran secara inovatif. Ia membantu dengan memberi kesan kepada pembelian terhadap hidangan yang disyorkan melalui carta pemakanan dalam Happy Meal.

McDonald’s cawangan Singapura juga akan dijangka terlibat dengan program pemasaran ini atas sebab lokasi yang strategik namun tidak diketahui samada cawangan Singapura akan melaksanakan program tersebut atau tidak.

Mengikut rantaian makanan bagi makanan segera, langkah ini diambil bertujuan untuk mengembangkan komitmen kepada keluarga ataupun penggemar untuk terus menyokong pelan perkembangan global untuk jangka masa panjang pada syarikat itu.

Hanya dengan memberikan penyelarasan terhadap set menu kanak-kanak, diharapkan ini akan mengeratkan kekeluargaan melalui badan amal.

Walaupun program penyelarasan ini belum dijalankan lagi namun ada beberapa netizen mengadukan perasaan tidak berpuas hati terhadap perubahaan itu.

“Berdasarkan skala dan jangkauan kami, kami berharap perubahan ini akan memberikan pelanggan lebih banyak pilihan dan faedah kepada berjuta-juta keluarga, di mana ini adalah langkah penting sebagaimana ia akan membina taraf McDonald’s yang lebih baik.” Kata Steve Easterbrook, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s.

Era Baru

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds