Percaya atau tidak negara Malaysia disenaraikan sebagai rangkaian 4G paling perlahan.

Laporan mengatakan purata kelajuan talian 4G di Malaysia pada tahun lalu adalah 14.83 Mbps, menempatkan Malaysia tergolong dalam senarai kumpulan 20 negara yang terbawah sekali.

Perkhidmatan Internet mudah alih 4G Malaysia adalah diantara yang paling perlahan daripada 88 negara setelah dikaji. Ia disahkan selepas menurut  laporan yang dikeluarkan daripada pakar pemetaan liputan tanpa wayar OpenSignal yang berpangkalan di UK pada 20, Februari.

Sebuah Laporan bertajuk “The State of LTE” menyatakan purata kelajuan 4G di Malaysia pada tahun lepas adalah 14.83 megabit sesaat (Mbps), meletakkan Malaysia diantara 20 negara terbawah.

Walaupun perkhidmatan itu telah dilancarkan sejak lima tahun lalu dan menjanjikan kelajuan internet mencecah sehingga 100 Mbps. Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jirannya seperti Vietnam di mana kelajuan di negara itu secara puratanya adalah 21.49 Mbps, Brunei 17.48 Mbps dan Myanmar 15.56 Mbps.

Walau bagaimanapun, kelajuan yang tercatat pada tahun lalu itu adalah satu peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya yang hanya menunjukkan 14.35 Mbps.

Singapura menduduki tangga teratas dengan kelajuan purata sebanyak 44.32 Mbps, diikuti oleh Belanda 42.12 Mbps, Norway 41.2 Mbps dan Korea Selatan 40.44 Mbps.

Tiga negara yang tersenarai sebagai kelajuan yang perlahan sekali bagi sekitar Asia Tenggara adalah Thailand, Filipina dan Indonesia (Laos tidak senaraikan).

Laporan global terbaru daripada OpenSignal diterbitkan selepas mereka membuat analisis ukuran 50 bilion yang telah dikumpulkan pada suku keempat 2017 untuk membandingkan prestasi 4G di serata 88 buah negara.

Laporan itu juga mendapati bahawa tidak ada kenaikan kelajuan 4G di kelangan negara yang berprestasi tinggi dan mencapai dataran 45 Mbps seluruh carta.

Selama lebih dari setahun sekarang, negara-negara yang mempunyai kelajuan terpantas nampaknya tidak mempunyai sebarang peningkatan walaupun jarak diantara kelajuan itu hampir sama namun masih belum mencapai pada kelajuan 50 Mbps sepertimana kelajuan itu sepatutnya menjadi purata kelajuan 4G.

Bagaimanapun, dengan kelajuan 4G yang sedia ada. Ia tetap berkembang dan berada di tahap yang stabil dan laju.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds