Berita mengenai letusan gunung berapi di Indonesia bukan lagi sesuatu yang aneh untuk didengari. Belum reda letusan Gunung Agung yang meletus pada awal tahun ini, kini kita dikejutkan dengan sebuah lagi letusan gunung iaitu Gunung Sinabung. Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu selepas beberapa gegaran dikatakan berlaku di kawasan gunung pada 17 dan 18 Februari.

Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia dilaporkan meletus sekali lagi hingga asap dan abu menjulang ke udara setinggi 5 kilometer.

Asap tebal telah memaksa penduduk untuk berpindah dan syarikat penerbangan terpaksa mengeluarkan ‘notis merah’, yang menghalang mereka daripada terbang di beberapa bahagian di Indonesia berikutan letusan itu.

Gunung Sinabung yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia meletus sekali lagi pada Isnin lalu

Letusan Gunung Sinabung telah menyababkan asap dan abu tebal menjulang ke udara setinggi 5 kilometer

Penduduk setempat hanya dapat menyaksikan asap tebal di langit dan memaksa mereka untuk berpindah 

Notis merah dikeluarkan apabila asap tebal berada di atmosfera membuatkan kapal terbang tidak dibenarkan berada di ruang udara.

Jurucakap Jetstar memberitahu Daily Mail Australia letusan itu tidak menjejaskan penerbangan mereka. Jurucakap Qantas juga berkata tiada penerbangan mereka terjejas berikutan kejadian tersebut.

Pegawai di Indonesia mengatakan masih tiada korban nyawa yang dilaporkan tetapi penduduk berdekatan perlu berhati-hati dengan lava gunung tersebut.

Abu abu yang ‘merebak’ sejauh tiga batu dari gunung berapi menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah untuk mengelakkan asap yang berbahaya.

Syarikat penerbangan telah mengeluarkan ‘notis merah’, yang menghalang mereka daripada terbang di beberapa bahagian Indonesia berikutan letusan itu.

Jurucakap Jetstar memberitahu Daily Mail Australia letusan itu tidak menjejaskan penerbangan mereka. Jurucakap Qantas juga berkata tiada penerbangan mereka terjejas berikutan kejadian itu.


Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Nugroho berkata abu tebal telah bergerak setinggi lima kilometer ke langit

Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia telah memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak mendekati zon bahaya yang berada dalam jarak tiga hingga tujuh kilometer di sekitar kawah Gunung Sinabung.

Pihak berkuasa bimbang jika aliran lava yang menyusuri gunung akan memusnahkan rumah seperti yang telah terjadi beberapa kali.

Masih tiada korban nyawa yang dilaporkan tetapi penduduk berdekatan perlu berhati-hati dengan lava gunung tersebut.

Penduduk setempat dinasihatkan supaya tidak mendekati zon bahaya yang berada dalam jarak tiga hingga tujuh kilometer di sekitar kawah Gunung Sinabung.

Gunung Agung di Bali telah meletus sekali lagi pada awal tahun ini dan membawa kepada pemindahan penduduk yang besar dan mengganggu penerbangan.

Sepuluh orang dikatakan telah terbunuh dalam satu lagi letusan Gunung Agung yang berlaku pada awal tahun ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 20 orang sejak beberapa tahun lalu yang melibatkan empat orang pelajar sekolah menengah dan guru sekolah.

Era Baru

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds