Lambakan filem-filem adiwira sememangnya menepati citarasa dan kehendak penonton pada zaman ini yang mahukan filem berkualiti tinggi di samping jalan cerita yang lain daripada yang lain.

Antara watak adiwira yang terkenal di seluruh dunia adalah seperti Iron Man, Batman, Spiderman, Captain America, Black Widow dan juga Superman. Di Malaysia pula, antara karakter yang pernah mendapat tempat di hati ramai adalah filem Cicakman.

Terbaru filem bertajuk Badang yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi dan juga watak utama merangkap adiwira Badang itu sendiri iaitu jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Utaranews

Ditayangkan seiring dengan filem adiwira antarabangsa iaitu Black Panther, filem Badang walau bagaimanapun tidak mendapat sambutan yang hangat daripada penonton tempatan.

Malah, ramai yang mengecam dan memberikan kritikan hebat mengenai penglibatan jutawan selebriti itu dalam filem berkenaan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zhafran Tan telah membuat penilaian mengenai filem itu dan memberikan hanya 0.5 daripada 10. Menurutnya, lakonan yang lemah selain penghasilan skrip yang tidak begitu memberangsangkan menjadi punca mengapa filem ini tidak dianggap berkualiti.

Sementara itu, pengarah Badang iaitu Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen memaklumkan Harian Metro bahawa penonton harus menonton filem tersebut dari sudut perspektif kanak-kanak memandangkan pembikinan filem ini adalah menyasarkan golongan kanak-kanak sebagai sasaran utama.

Dalam dua video yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram, Aliff telah meluahkan perasaannya tentang mengapa beliau diserang sedemikian rupa oleh netizen.

apa salah saya 1?? #badang

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

apa salah saya 2? #badang

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Ingat saya ini berlakon percuma? Fikirlah perasaan saya. Apa saya rasa. Fikir! Sakit hati saya ini dengar anda kutuk-kutuk saya. Saya bangun pagi tak lena, bangun tidur sahaja saya sakit hati, sakit jiwa”.

Malah, Aliff turut sempat meminta netizen untuk memberikannya peluang dengan menonton karya hebat lakonannya itu yang dikatakan mampu mengatasi filem Black Panther.

“Filem terbaik, hasil seni terbaik. Sebenarnya boleh kalahkan semua filem-filem lain termasuk Black Panther”.

Tambah pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) itu lagi, “Anda tak tengok lagi anda sudah kutuk. Kalau anda kat tempat saya, apa yang anda rasa?”.

Aliff yang turut baru bergelar penyanyi menyatakan, Kesabaran saya ada batasnya tetapi anda jangan melampau-lampau. Penat saya siang malam berlakon. Hargai bakat saya”.

Kontroversi yang tidak berkesudahan. Sudahkah anda menonton filem Badang ini? Jika sudah, sila kongsikan pandangan bernas anda mengenainya di ruangan komen.

Sumber: SAYS

Share
Kategori: Berita Hiburan VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds