KUALA LUMPUR – Bermula tahun 2020, mana-mana rakyat Malaysia yang bercadang untuk melancong ke negara Kesatuan Eropah wajib menjalani proses imigrasi yang baharu.

Dikenali sebagai European Travel Information and Authorisation System (ETIAS), proses ini merupakan permohonan yang boleh dibuat secara atas talian dan hanya tertakluk kepada pelancong dari negara yang menikmati akses tanpa visa ke negara Kesatuan Eropah.

Kredit: Walauwei.com!

Dengan adanya pengesahan ETIAS yang sah, setiap rakyat daripada negara bebas visa boleh tinggal di Kawasan Schengen selama 90 hari atau tiga bulan. Permohonan ETIAS juga sah sehingga tiga tahun dan hanya memakan kos sebanyak RM48.30.

Kawasan Schengen meliputi beberapa negara Eropah yang telah memansuhkan penggunaan paspot dan tidak meletakkan sebarang undang-undang untuk kemasukan pelancong. Melalui Perjanjian Schengen pada tahun 1985, negara-negara ini turut menghapuskan semua jenis kawalan sempadan. Negara-negara yang terlibat adalah:

Kredit: EtiasEurope.eu

Jadi, memandangkan rakyat Malaysia boleh menikmati keistimewaan memasuki negara-negara Kesatuan Eropah tanpa sebarang visa, ETIAS akan menjadi keperluan wajib yang perlu dijalankan sebagai sebahagian daripada inisiatif perundangan antara kerajaan Kesatuan Eropah. Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi memperketatkan keselamatan Negara Anggota.

Menurut EtiasEurope.eu, sebaik sahaja permohonan dihantar, system ETIAS akan mengesahkan segala maklumat dan akan memproses permohonan secara automatik dengan sistem maklumat seperti SIS, VIS, Europol, Interpol, Eurodac dan sebagainya bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Kredit: EtiasEurope

Antara maklumat yang perlu anda kongsikan semasa memohon ETIAS adalah:

  • Maklumat peribadi seperti nama, jantina, tarikh dan tempat lahir, alamat rumah, kewarganegaraan dan sebagainya.
  • Pemberitahuan sekiranya pernah terlibat dalam kesalahan jenayah serius dalam tempoh 10 tahun lalu seperti keganasan, gangguan seksual ke atas kanak-kanak, penyalahgunaan dadah, pemerdagangan manusia, pembunuhan dan jenayah rogol.

Selain Malaysia, ETIAS juga akan dilaksanakan ke atas negara Singapura dan juga rakyat dari 60 negara lain yang dibenarkan memasuki Kawasan Schengen tanpa perlu memohon visa.

Kredit: Express

Selepas permohonan ETIA anda diluluskan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu:

  • Pastikan anda membawa salinan cetakan pengesahan permohonan ETIAS yang diperoleh daripada emel bagi membolehkan anda menaiki pesawat
  • Pastikan anda periksa status permohonan beberapa hari sebelum berlepas bagi memastikan tiada masalah timbul
  • Setiap permohonan hanya tertakluk kepada seorang individu sahaja. Jika anda mengembara secara berkumpulan, semua individu perlu memohon ETIAS

Kredit: Europas

  • Selagi permohonan belum tamat tempoh, anda boleh memasuki negara Kesatuan Eropah tanpa batasan
  • Jika anda bercadang untuk melawat beberapa negara, anda perlu melawat negara mengikut senarai yang telah anda nyatakan dalam permohonan. Misalnya, anda bercadang untuk mengembara ke Portugal, Sepanyol dan Perancis. Tetapi dalam permohonan, anda telah nyatakan negara Perancis sebagai negara pertama, jadi anda harus mengunjungi Perancis terlebih dahulu

Sumber: NSTSAYS

Share
Kategori: Eropah NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds