KUPANG – Sepasang suami isteri yang menyebabkan kematian seorang amah dipercayai akibat didera majikannya di Malaysia berjaya diberkas di Indonesia, menurut pengumuman pihak polis pada 15 Februari yang lalu.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, pasangan suami isteri berkenaan yang merupakan perekrut pekerja telah menggunakan dokumen palsu bertujuan untuk menghantar mangsa, Adelina Sau, 20 tahun ke Malaysia pada 2015.

Neni Kurniati, Konsul Konsular Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia menghadiri Hospital Seberang Jaya bagi urusan jenazah

Kredit:  BH Online

Ibu mangsa, Yohana Banunaek mendakwa seorang lelaki tidak dikenali telah mengunjungi perkampungan mereka untuk menawarkan anaknya pekerjaan di Malaysia.

Bagaimanapun, setelah keluarganya menolak tawaran perekrut tersebut, Adelina didapati hilang dari kampung mereka di wilayah miskin Timur Nusa Tenggara.

Adelina dibiarkan tidur di luar rumah bersama anjing peliharaan majikan di Taman Kota Perami, Bukit Mertajam

Kredit:  BH Online

Sementara itu, pihak polis mengesahkan kematian mangsa adalah berpunca daripada kegagalan organ yang disebabkan oleh kekurangan darah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, hasil bedah siasatan menunjukkan mangsa didera oleh majikannya dengan kesan kecederaan di kepala, muka dan kedua-dua kaki.

Kredit:  The Star

Majikannya turut mengabaikan mangsa sehingga kehilangan banyak darah dan akhirnya meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan pada Ahad lalu (11 Februari).

Sumber: BH OnlineThe Star

Era Baru

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds