Para saintis dilaporkan berasa gusar setelah menemui sebuah kubah lava besar sepanjang 6 batu yang mengandungi magma di gunung berapi purba, Kikai, Jepun. Menurut pakar, letusan gunung berapi itu mampu mengorbankan sebanyak 100 juta nyawa.

Pengkaji telah menemui kubah lava sepanjang 6 batu, di mana ia dipercayai sebagai pusat takungan lava. Ia terletak di Kikai Caldera, berhampiran Selatan Kepulauan Ōsumi.

DAILYMAIL

Mereka percaya ia mengandungi 32 km padu magma, dan jika diperhatikan pada permukaannya, ia menandakan bahawa gunung berapi itu bersedia untuk meletus. Kubah itu berkeluasan 6.2 batu dan hampir 2,000 kaki tinggi.

Saintis juga bimbang ia meletus buat kali pertama semenjak 7,300 tahun yang lalu dan memuntahkan debu di atmosfera Bumi yang mampu menghalang sinaran Matahari dan membawa kepada kejadian musim sejuk gunung berapi – pengurangan suhu global disebabkan oleh abu gunung berapi dan titisan asid sulfurik

Penyelidik Kobe Ocean-Bottom Exploration Center (KOBEC), Universiti Kobe berkata kubah lava itu terhasil selepas pembentukan kaldera yang terbentuk 7,300 tahun yang lalu. Letupan secara tiba-tiba dipercayai telah menghapuskan tamadun di zaman prasejarah Jepun.

Kajian pada peta di Kaldera Kikai. Warna kuning menunjukkan pergerakan magma di sepanjang laluan kaldera

KIKAI UNIVERSITY

Imej yang telah diambil oleh penyelidik di salah satu daripada enam tapak kubah lava dasar laut yang mereka temui

KOBE UNIVERSITY

Pakar juga bimbang letusan itu bakal membawa kepada kejadian tsunami dahsyat, cukup kuat untuk memusnahkan kepulauan Selatan Jepun, China, bahkan hingga ke bahagian Utara dan Selatan Amerika.

Dokumen penyelidik juga mengatakan bahawa letusan yang kuat adalah jarang berlaku tetapi ia berkemungkinan membawa kepada kejadian yang lebih teruk serta mendatangkan kesan global seperti musim sejuk volkanik. Banyak gunung berapi besar yang kembali meletus dalam sejarah berjuta-juta tahun yang lampau.

Kubah itu yang turut dikenali sebagai kaldera, dipercayai melepaskan gas-gas bertoksik. Ia terbentuk seperti mangkuk, ekoran letupan yang kuat oleh gunung berapi itu akhirnya akan runtuh ke dalamnya.

Letusan pada gunung Kusatsu-Shirane eruption ​mengakibatkan huru hara di resort ski Jepun, serta menyebabkan 15 orang tercedera

Di bawah kubah itu tersimpan takungan magma, yang boleh mencapai suhu 1300 °C. Kubah itu juga dikatakan naik hingga 600 meter di atas dasar laut dan kini hanya 30.5 meter di bawah permukaan Bumi.

Penyelidik menemui beberapa pencerobohan di atas permukaan kubah, menyebabkan mereka percaya bahawa mereka sedang membina di bawah kubah. Mereka juga melihat terdapat lajur air panas, berhampiran kerak kubah berkenaan.

Para saintis mengatakan letusan secara tiba-tiba boleh membunuh 100 juta orang dan mencetuskan musim sejuk gunung berapi.

Letusan sebegini mampu ‘menghapus sejarah manusia’ selama-lamanya.

Profesor Yoshiyuki Tastsumi, selaku Pengarah KOBEC dan pakar magma, berkata kepada akhbar The Mainichi : “Walaupun kebarangkalian letusan kaldera raksasa yang menjejaskan kepulauan Jepun adalah 1 peratus dalam 100 tahun ke depan, dianggarkan angka kematian adalah 100 juta dalam kes senario terburuk.”

KOBEC telah menjalankan pemerhatian terhadap geologi dasar laut menggunakan robot kapal selam, yang bertanggungjawab untuk menganalisis batuan, seismograf dan elektromagnetometer.

Sumber: The Sun

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds