Gambar peniaga rambutan membawa dua orang anak sambil berniaga menjadi tular di media sosial. Sambil mencari rezeki, pasangan suami isteri ini terpaksa membawa dua orang anak mereka bersama.

Gambar yang dikongsi dalam akaun All about the Philipines ini telah menarik perhatian ramai netizen. Gambar itu menunjukkan dua orang anak, lelaki dan perempuan sedang nyenyak tidur di dalam troli yang digunakan mereka untuk berniaga.

Gambar itu diambil di daerah Divisoria, Manila, Filipina. Si suami menjual jagung bakar, manakala si isteri menjual rambutan. Oleh kerana tidak ada orang yang dapat menjaga anak mereka di rumah, mereka terpaksa membawa bersama dua orang anak mereka sambil berniaga.

Kisah mereka menjadi tular di Facebook dan telah menarik seorang pengguna Facebook, Shair Joy Mendelez tampil untuk menceritakan kisah yang sebenar.

Mendelez berasa sedih dan pilu apabila melihat keadaan mereka. Apabila kayu di atas troli itu dibuka, terdapat dua orang anak kecil yang sedang nyenyak tidur di dalamnya. Ternyata, dua orang kanak-kanak itu adalah anak kepada pasangan suami isteri tersebut.

Mendelez mengaku merasa simpati terhadap keluarga tersebut kerana perniagaan mereka kelihatan tidak begitu laris semasa dia berada di situ. Lalu dia membeli 5 jagung bakar dan 3 kilogram rambutan untuk mebantu keluarga itu.

Mendelez mengajak warga tempatan untuk membantu perniagaan pasangan suami isteri itu. Warga tempatan juga menyambut baik niat murni Mendelez dan turut bersimpati dengan keluarga berkenaan.

Sumber: Brillio

 

Share
Kategori: Pesona

Video Popular

Ad will display in 10 seconds