Muzik bukan sahaja boleh menjadi bahan untuk behibur malah jika kena pada tempat dan masa yang tepat muzik sebenarnya dapat memberi manfaat pada minda. Contohnya, muzik klasik amat terkenal kerana dapat menimbulkan emosi kepada yang mendengarnya. Kajian juga telah membuktikan bahawa mendengar muzik klasik dapat melegakan tekanan dan memberi manfaat kepada otak.

Seorang bayi lelaki bernama Abriel ini dikatakan padai bermain emosi apabila mendengar muzik klasik yang bercampur dengan watak Muppet kegemarannya.


YouTube

Ibu Abriel, Anna Feldman dikatakan mahu menyiapkannya si kecil itu untuk tidur pada suatu malam dan ketika itulah dia pertama kali melihat reaksi Abriel terhadap muzik. Kedua-duanya mereka ketika itu sedang menonton episod “Sesame Street” di mana penyanyi opera terkenal Andrea Bocelli menyanyikan lagu tidur untuk Elmo.


YouTube

Anna segera mendapatkan kameranya untuk merakam riak wajah Abriel yang sedang menonton TV itu. Pada mulanya Abriel mendengar perbualan mereka, dia sudah mula tersenyum lebar, memperlihatkan gigi bawahnya yang baru tumbuh sebatang itu.


YouTube

Namun apabila Andrea mula menyanyikan lagu klasik, “Time To Say Goodnight,” ekspresi Abriel terus berubah seolah-olah ada sesuatu yang membimbangkannya. Wajahnya kelihatan sedih dan dan matanya mula penuh dengan air mata.


YouTube

Kanak-kanak ini jelas mempunyai emosi dan perasaan yang tersendiri. Dengan hanya mendengar kepada lagu klasik sahaja dia sudah boleh memberi ekspresi dan emosi pada wajah. Kecil-kecil sudah punya perasaan yang sensitif!

Tonton video di bawah:

Sumber: inspireMORE

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds