KESIHATAN, NASIONAL

Tular lagi isu susu tiruan. Kali ini melibatkan jenama yang terkemuka

Tular lagi isu susu tiruan. Kali ini melibatkan jenama yang terkemuka

Penghujung tahun lalu, negara kita dikejutkan dengan rampasan susu tiruan yang telah mengakibatkan ramai bayi menderita kesakitan. Namun, jangan anda sangkakan isu ini sudah berakhir.

Beberapa hari lalu iaitu pada 12 Februari, seorang ibu dari Kota Kinabalu telah memuat naik gambar bayinya yang dikatakan mengalami demam, cirit-birit dan juga kembung perut setelah meminum satu produk susu terkemuka yang dibeli dari pasar raya.

Facebook/Nick Sha Anuar

Wanita ini yang dikenali sebagai Nick Sha Anuar mendakwa bayi lelakinya yang baru berusia lapan bulan telah dimasukkan ke hospital akibat keracunan susu.

Pada awalnya, Nick Sha memaklumkan bahawa anaknya mengalami cirit-birit selama beberapa hari sebelum dibawa ke klinik berdekatan.

Facebook/Nick Sha Anuar

Beberapa hari kemudian, anaknya mula mengalami demam panas sehingga mencecah suhu 38°C ke atas!

Risau dengan keadaan kesihatan anaknya yang semakin memburuk, Nick Sha memutuskan untuk membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pada waktu itu, doktor menanyakan Nick Sha mengenai jenis susu yang telah diberikan kepada bayinya itu.

Doktor kemudian meminta sampel susu berkenaan untuk tujuan penyelidikan. Tidak lama kemudian, Nick Sha dikejutkan dengan berita bahawa susu rumusan bayi yang diminum anaknya adalah susu tiruan!

Facebook/Nick Sha Anuar

Keadaan ini menjadi semakin merisaukan apabila doktor mengesahkan bahawa terdapat ruam-ruam kecil pada tekak anaknya dipercayai akibat jangkitan kuman.

Berikutan penularan insiden ini, pihak KPDNKK Sabah memaklumkan bahawa kes berkenaan kini berada di dalam pengetahuan mereka dan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar.

Facebook/Nick Sha Anuar

Ujar ketua pegawai penguatkuasa jabatan berkenaan, Yahya Sujak, “Pihak kami telah menghubungi individu yang telah kongsikan pengalamannya di Facebook dan kami telah memintanya untuk datang membuat laporan agar kami boleh mengambil tindakan lanjut”.

Sementara itu, pihak Dutch Lady yang sedar akan kebimbangan pelanggannya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi merungkai punca kepada masalah tersebut.

“Sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa pihak syarikat ini memang mengamalkan tahap kawalan kualiti dan keselamatan yang paling ketat sepanjang peringkat ketika proses pembuatan dan rantaian bekalan kami”.

MyNewsHub

“Dutch Lady juga sudah bertemu dengan pihak KKM dan bekerjasama rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan”.

Turut tular gambar perbandingan yang didakwa sebagai panduan kepada pengguna bagi membezakan susu tiruan dan juga susu asli.

MyNewsHub

Melalui perkongsian yang tular itu, dilaporkan pek Dutch Lady dengan label 102 adalah tiruan manakala pek yang dilabel 101 adalah susu asli. Selain itu, perkataan ‘Calcium’  yang ditulis pada belakang pek juga menunjukkan perbezaan antara tiruan dan juga asli.

Syarikat pengeluar susu ini turut mengesahkan bahawa produk susu Dutch Lady Curious (900 gram) dengan nombor kelompok 1023C7WA adalah selamat untuk diminum.

MyNewsHub

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai diminta untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 1 800 88 1191 atau emelkan pertanyaan anda ke dutchcareline@frieslandcampina.com.

Sumber: MyNewsHubFacebook/Nick Sha Anuar

Kategori:KESIHATAN NASIONAL

Pilihan Editor

loading...