Belum sampai masa gigi susu si kecil menjadi longgar dan meluruh dengan sendiri pada usia 7 hingg 9 tahun, mereka telah mengadu sakit gigi dan ibu bapa terpaksa membawa mereka berjumpa berjumpa doktor gigi. Dan doktor gigi mendapati anak ini telah mendapat karies susu.

Apa itu karies gigi? Karies gigi atau masalah gigi berlubang dan rongak ialah masalah biasa yang dialami oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2012, antara 60 hingga 90 peratus kanak-kanak dan hampir 100 peratus manusia dewasa mengalami karies gigi.

Menurut laporan kesihatan gigi yang telah dibentangkan di Amerika Syarikat dengan menurut statistik dari tahun 1999 sehingga 2004, sebanyak 27.9% anak kecil dari umur 2 hingga 5 tahun mengalami karies gigi dan 51.17% kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun mengalami karies gigi pada gigi sulungnya.

Kredit : duniasahip.blogspot.my

Seorang doktor gigi bernama Dr. ib Shah dalam Twitternya telah menjelaskan betapa pentingnya penjagaan gigi susu di kalangan kanak-kanak.

Menurut doktor ini , mengapa penjagaan gigi susu di kalangan kanak-kanak itu penting? Kerana pada umur kanak-kanak mencapai 7 hingga 9 tahun, gigi kekal akan mula tumbuh. Bagaimana sekiranya pada usia 2 tahun, gigi kanak-kanak sudah mula rosak?

Doktor ini menulis, sekiranya pada usia kanak-kanak mencecah 5 tahun dan gigi depannya sudah mulai tiada, kanak-kanak ini  akan :

1.Tidak boleh makan dengan betul.

2.Pembelajaran sebutan huruf akan terganggu.

3.Tahap keyakinan diri dan psikologi akan menurun.

Menurut Dr. ib Shah, karies botol susu selalu terjadi kepada gigi susu bahagian hadapan dan gigi geraham bahagian bawah. Ia boleh berlaku apabila kanak-kanak tidur bersama susu atau makan makanan manis di dalam mulut tanpa gigi dicuci.

Jika mereka tidur selama 8 jam, dalam 8 jam itu gigi akan dijangkiti bakteria yang menyebabkan pembentukan karies gigi.

Kredit : Twitter/ib_shah

Bukan itu sahaja, gula yang terdapat dalam susu dan gulu-gula juga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak dan dijangkiti bakteria.

Kredit : Twitter/ib_shah

Dr ib. Shah juga berkata, anak kecil juga boleh tersedak susu ketika tidur. Dan ia juga boleh menyebabkan kematian jika nasib tidak  berapa baik.

Mengapa ibu bapa perlu mengambil risiko menutup mulut anak mereka di sepanjang malam dengan botol susu hanya kerana tidak mahu mendengar tangisan mereka dan berjaga di waktu malam.

Kredit : Twitter/ib_shah

Doktor ini menambah, tumbesaran secara normal anak ini akan terbantut dan terganggu sekiranya gigi susu mereka telah rosak daripada usia yang tidak sepatutnya. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh.

Tulisnya lagi, jika gigi susu telah rosak dan terpaksa dicabut, gigi akan bergerak dan tiada ruang yang mencukupi untuk gigi kekal tumbuh dengan baik.

Gigi susu yang dijaga dengan baik akan dapat membentuk pertumbuhan gigi kekal yang cantik pada masa hadapan. Jika gigi susu tidak dijaga dengan baik, ia akan mendatangkan masalah kepada gigi kekal kanak-kanak ini di masa hadapan.

Kredit : Twitter/ib_shah

Katanya, jika terdapat karies gigi di kalangan kanak-kanak pada usia awal sebelum pertumbuhan gigi kekal, ibu bapa perlu berjumpa doktor gigi untuk menampal gigi anak mereka yang berlubang.

Berjumpalah doktor gigi lebih awal dan lakukan pemeriksaan gigi untuk anak-anak sebelum berlaku apa-apa masalah yang boleh menjejaskan kesihatan gigi mereka kelak.

Kredit : Twitter/ib_shah

Cegah permasalahan karies gigi susu anak-anak pada peringkat awal demi mendapatkan kesihatan gigi kekal yang baik di masa hadapan.

Sumber : siraplimau.com/ twitter/ib_shah

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds