Bukan mudah untuk memastikan hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan. Ini kerana, tugas mengharmonikan rumah tangga adalah tugas kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Oleh itu, bagi memastikan rumah tangga mereka berjalan baik, seorang isteri dari Jepun ini telah melakukan sesuatu untuk mengubah dirinya.

Dia adalah seorang yang cepat marah. Demi perkahwinannya dia memutuskan untuk mengubah sikap tersebut dan apa yang paling penting suaminya tetap berada di sisinya untuk memberi sokongan.

Seorang pengguna Twitter, @c___i___y___o telah muncul dengan kaedah untuk memastikan dia tidak lagi mudah marah. Oleh itu, dia telah membuat satu carta setem untuk dirinya sendiri dan suaminya ‘ditugaskan’ untuk mengecap carta tersebut dengan setem berbentuk hati pada hari-hari yang dia tidak marah. Tetapi, lain pula yang dilakukan oleh suaminya. Melihat nota-nota yang ditulis oleh suaminya pada carta itu telah membuatkan ramai orang tersentuh hati dan merasakan suami wanita itu sememangnya seorang yang sangat memahami!

(Maklumat lanjut: SoraNews24)

Wanita ini memberitahu pengguna Twitter tentang kaedah yang digunakan untuk mengubah dirinya dan ramai orang mengatakan apa yang dilakukan adalah sesuatu yang melucukan dan comel.

“Adalah sangat menyenangkan dengan bersantai dan menghabiskan musim sejuk bersama-sama. Mari jadikan tahun ini tahun yang hebat. Mari pergi ke tempat-tempat yang menyeronokkan, makan makanan yang sedap dan ketawa selalu.”

“Saya harus kembali bekerja selepas waktu rehat, tetapi terima kasih atas bantuan kamu kerana memudahkan semuanya. Setiap kali saya makan bento yang kamu buatkan, saya rasa saya tidak bersendirian dan saya sangat bersyukur kerana saya ada kamu.”

(Sabtu, nota ke-20)
“Kamu kelihatan sangat comel dengan potongan rambut kamu. Kamu kelihatan cantik dengan gaya rambut itu. Isteri saya yang cantik membuatkan saya rasa begitu bertuah.”

(Nota pada akhir minggu itu)
“Minggu ini kita banyak kali pergi ke gim. Saya akan lakukan yang terbaik, jadi mari kita bekerja keras bersama-sama.”

“Terima kasih kerana menunjukkan saya [tidak diberitahu] di sekitar Tokyo sepanjang hujung minggu ini. Ia mengingatkan saya ketika ke pergi ke Shirokane bersama-sama dan itu adalah masa yang menyeronokkan.”

Ini adalah contoh matlamat hubungan rumah tangga yang kukuh. Saling menyokong, memperbaiki sikap dalam diri dan sebagai pasangan penuh dengan rasa syukur dan penghargaan. Mungkin anda juga boleh melakukan hal yang sama demi kebaikan rumah tangga anda. Semoga berjaya!

Sumber: bored panda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds