Setiap daripada kita mempunyai bakat masing-masing untuk ditawarkan kepada dunia, tidak kira apa sahaja yang ingin dan akan dikatakan oleh orang lain.

Seorang bekas guru bahasa Sepanyol telah menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan wang kertas $20 untuk mengajar para pelajar sekolah menengah rendah yang memberi inspirasi dan pengajaran kepada mereka tentang nilai dan harga diri seseorang.

Instructables

Pada hari pertama dalam sesi persekolahan, seorang guru bahasa Sepanyol bernama Lauren telah mengeluarkan  wang kertas $20 dari laci mejanya. Kemudian beliau telah bertanya kepada para pelajarnya, “Siapa yang mahu dengan wang kertas $20 ini?”

Tidak menghairankan, semua pelajar telah mengangkat tangan mereka. Sesetengah dari mereka melambai-lambai tangan dan menjerit mahukan wang kertas itu.

Kuder

Kemudian Lauren telah merenyukkan wang kertas $20 ini menjadi seperti bola dan mencampakkan ia ke udara lalu ia telah jatuh ke atas lantai. Katanya dengan marah sambil memijak-mijak wang kertas itu, “Ini adalah wang kertas $20 dungu, tidak memberi apa-apa makna dan langsung tidak berguna!”

Kemudian Lauren mengambil dan membetulkan renyutan wang kertas itu dengan baik dan mengangkatnya kembali ke udara sambil bertanya, “Siapa yang masih mahu wang kertas $20 renyuk ini?” Dan kemudian seperti sebelumnya, semua pelajar telah mengangkat tangan mereka.

Apabila Lauren bertanya kepada para pelajar ini mengapa mereka masih mahukan wang kertas yang telah renyuk dan kotor ini, beberapa orang pelajar telah menjawab tidak kira bagaimana kotor dan renyuknya wang kertas ini, ia masih bernilai $20.00.

Lauren kemudian mahu mengajar para pelajar ini satu pengajaran berguna dalam kehidupan mereka.

Lauren berkata, “Kamu semua betul. Wang kertas $20 ini telah dicetak dengan nilai tertentu. Ia akan sentiasa bernilai $20 tidak kira berapa kali kamu semua memijaknya, atau merenyuknya, atau melemparkannya ke lantai. Tidak kira sesiapa pun yang berkata ke atasnya atau membuat sesuatu ke atasnya, ia akan tetap bernilai $20 kerana ia telah ‘dibuat’ dengan nilai itu.”

Lauren menambah, “Dan perkara yang sama juga berlaku kepada diri kamu semua.”

Leftover Currency

Kelas bahasa Sepanyol itu menjadi senyap apabila para pelajar ini ingin mendengar dengan khusyuk setiap butir mutiara kata yang akan dikeluarkan oleh guru mereka, Lauren.

Lauren memberitahu, akan terdapat banyak kali di dalam kehidupan ini , dan mereka mungkin telah mendengar daripada ibu bapa, guru atau rakan-rakan mereka sendiri yang mengatakan perkara yang telah membuat diri mereka berasa tidak berguna.

Kata Lauren, “Ada orang di luar sana yang akan membuat sesuatu dan berkata sesuatu yang kejam kepada kamu yang akan membuat diri kamu merasa tersangat kecil dan tidak terdaya melawan mereka.”

Lauren menambah lagi, “Tetapi, saya mahu kamu semua tahu tidak kira sejauh mana perasaan kamu itu berasa diri tidak berguna, kamu semua adalah sangat berharga dan bersifat luar biasa. Ia bukan atas sebab pencapaian seseorang itu, tetapi kerana setiap orang itu telah ‘dibuat dengan nilai’.

Zee News

Lauren ingin mengingatkan para pelajarnya bahawa ‘kamu semua mempunyai nilai’ dan ‘kamu adalah seorang yang berani dan mempunyai kebaikan hati’ serta mempunyai sesuatu di dalam diri yang amat bernilai untuk ditawarkan kepada dunia setiap kali mereka melangkah ke dalam kelas setiap hari.

Lauren memberi penekanan sambil berkata lagi kepada para pelajarnya, “Hati kamu penting, pemikiran kamu penting, cerita kamu penting, dan KAMU adalah penting, dan apa sahaja yang akan kita lakukan di dalam kelas ini akan berpandukan kepada perkara itu dan ingati ia di dalam fikiran kamu.”

Bagaimana nilai diri ini suatu kebenaran! Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai sesuatu di dalam diri untuk ditawarkan. Jadi jangan mudah berputus asa dengan diri sendiri.

Sentiasa menjadikan diri tabah dan kuat serta selalulah mempercayai diri sendiri daripada orang lain mempercayai anda. Atas jasa Lauren dan kata-kata berharganya, para pelajarnya mendapat pengajaran yang sangat berharga untuk disebarkan kepada orang lain dan ia amat berguna untuk dijadikan pedoman di masa hadapan apabila mereka melangkah ke dunia sebenar.

Sumber : NTD/  sobremesastories

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds