INSPIRASI, Pesona, VIDEO

Seorang anak gadis menjadi panik apabila ibunya tiba-tiba rebah dan pengsan. Tindakan pemandu bas ini mendapat pujian ramai!

Seorang anak gadis menjadi panik apabila ibunya tiba-tiba rebah dan pengsan. Tindakan pemandu bas ini mendapat pujian ramai!

Seorang anak kecil pasti berasa panik dan ketakutan apabila melihat ibu yang sedang memimpin tangannya tiba-tiba rebah dan pengsan.

Ini yang berlaku kepada seorang anak gadis kecil apabila ibunya tiba-tiba rebah dan pengsan di hadapan sebuah bas transit di Milwaukee County yang dipandu oleh Michelle Mixon.

Tindakan yang dilakukan Michelle selepas itu amat menyentuh hati semua netizen yang melihat.

Kredit : MCTS Official/ Michelle Mixon

Dalam rakaman video dan kotak hitam bas tersebut, terlihat seorang ibu dan anaknya sedang berada di hadapan bas transit yang sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan 76, Milwaukee County yang sedang dipandu oleh Michelle Mixon.

Tiba-tiba Michelle dan anak gadis berusia 6 tahun ini berhadapan situasi mendebarkan apabila ibu anak kecil ini telah rebah dan pengsan di hadapan bas Michelle.

Anak gadis kecil ini menjadi panik dan ketakutan melihat keadaan ibunya yang tiba-tiba tidak sedarkan diri, lalu dia telah berlari di hadapan pintu bas ini dan meminta pertolongan Michelle sambil menangis dan menjerit, “Ibu saya, ibu saya!”

Anak kecil ini telah naik ke atas bas tersebut dan mendapatkan Michelle sambil berkata, “Ibu terkena sawan… saya takut..”

Michelle mendapatkan anak kecil ini dan memeluknya sambil berkata, “Baik, baik …Saya tahu sayang!”

Michelle kemudian membuat panggilan kecemasan meminta bantuan ambulans dan pasukan paramedik. Selepas itu, Michelle terus memeluk anak kecil ini sambil membuat dirinya yang sedang ketakutan supaya bertenang dan menjadi tenteram.

Sementara itu, seorang pejalan kaki lelaki tidak dikenali yang berada di situ telah membantu ibu anak gadis ini dengan membuka baju panas untuk menghangatkannya serta menjaga wanita tersebut sementara menunggu pasukan paramedik tiba.

Tidak lama kemudian, ambulans dan pasukan paramedik telah tiba untuk membawa ibu anak gadis kecil ini ke hospital.

Michelle masih menjaga dan memeluk anak ini dengan erat seperti anak sendiri. Setelah itu, anak gadis kecil ini dilihat kembali bertenang sambil memaut erat dan berada dalam dukungan Michelle.

Michelle mendukung anak gadis kecil ini menuju ke ambulans tersebut sambil berkata, ” Ibu kamu akan selamat, mereka akan menjaganya dengan baik dan membawanya ke hospital.”

Selepas kejadian tersebut, Michelle Mixon memberitahu rakan-rakannya yang beliau sangat gembira dapat membantu ibu dan anak gadis kecilnya ini berada dalam keadaan selamat dan insiden ini merupakan satu memori yang amat memberi makna dan penuh emosi serta tidak akan dapat dilupakan di sepanjang kariernya.

Kredit foto : Youtube Screenshot/ MCTS Official

Lihat video dengan saat mendebarkan seorang anak melihat ibunya tiba-tiba rebah dan Michelle Mixon membantu mereka di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Pilihan Editor

loading...