Kesan kotoran pada tilam sukar dibersihkan? Ikuti tips ini supaya tilam lama anda ‘bertukar’ menjadi tilam baru yang bersih! Fatihah 12/02/2018 tweet Share this on WhatsAppBukan mudah untuk membersihkan kesan kotoran pada tilam dan bantal terutama jika kesan kotoran itu merupakan kesan yang terlalu lama dibiarkan. Kita bukan sahaja geli melihat kesan peluh atau mungkin air liur basi yang ada pada tilam malah adakalanya kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan. Memandangkan harga tilam bukan lah murah jadi agak sayang jika tilam yang terkena kotoran dibuang begitu sahaja lebih-lebih lagi jika tilam tersebut masih dalam keadaan baik. Bagi yang tidak mahu membazir wang untuk menggantikan tilam sedia ada yang masih baik, anda boleh lakukan ‘kerja-kerja pembersihan’ tilam dengan cara yang berkesan. Tilam anda mungkin tilam lama tetapi selepas dibersihkan rupanya persis tilam baharu! Bahan-bahan bancuhan: 1 Cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi seperti Watson dan Guardian). 3 Sudu besar Baking Soda. 1 Sudu kecil cecair cuci pinggan. 5 Titis pewangi/essential oil. Cara-cara: 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam sebuah bekas dan kacau sehingga sebati. Kacau perlahan-lahan, setelah selesai masukkan bancuhan tersebut ke dalam botol semburan. 2. Semburkan bancuhan tersebut pada kesan kotoran yang ada pada tilam. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kesan kotoran akan mulai hilang dalam masa itu. 3. Sembur sekali lagi di tempat kotoran degil yang masih belum hilang dan biarkan sehingga kering. 4. Setelah itu, jemur tilam tersebut tetapi pastikan tilam itu tidak terkena cahaya matahari secara terus. 5. Jika kesan baking soda sudah mula mengering, gunakan vacuum untuk bersihkan tilam tersebut di samping untuk mengeringkan permukaan tilam kering sepenuhnya. Sumber: Impiana Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:GAYA HIDUP INSPIRASI Pesona Pilihan Editor Minum kopi bukan memberi tenaga sebaliknya menjadi bertambah sakit. Rahsia terbongkar apabila mesin kopi dibuka Mengimbas kembali gaun perkahwinan diraja paling cantik sepanjang 7 dekad Nenek 76 tahun tinggal sendirian di Siberia dan meluncur tasik paling dalam di dunia setiap hari dengan alasan mudah yang menyentuh hati Bayi 18 bulan lemas ‘dihempap’ anak patung beruang, ibu ini nekad sedarkan orang ramai tentang bahayanya Seorang artis seni membawa anda kembali ke zaman lalu, hasil diorama yang realistik yang pasti memukau pandangan anda! Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah 2018-02-12 Fatihah