Aneh, Asia

Akibat tersasar semasa mendarat, 20 orang pekerja lapangan terbang terpaksa menolak pesawat Garuda ke tempat parkir pesawat!

Akibat tersasar semasa mendarat, 20 orang pekerja lapangan terbang terpaksa menolak pesawat Garuda ke tempat parkir pesawat!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang berlaku pada 8 Februari di Indonesia apabila pesawat komersil Garuda Indonesia mengalami kerosakan di landasan dan terpaksa ditolak secara manual oleh kira-kira 20 orang pekerja dan juruteknik yang ada di situ, lapor Detik News.

Gambar itu tersebar selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia, Abdul yang kebetulan berada di lapangan terbang tersebut ketika kejadian itu berlaku.

Gambar itu telah disahkan kesahihannya oleh Pengurus Kanan Perhubungan Awam Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan. Namun begitu, beliau menafikan bahawa pesawat itu terpaksa ditolak secara manual kerana berlaku kerosakkan.

Twitter/@ngabdul

“Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Tambolaka (Barat Daya Sumba, Nusa Tenggara Timur),” kata Ikhsan.

“Selepas pesawat mendarat, ia sepatutnya terus menuju ke arah apron, tempat parkir pesawat. Namun begitu, pesawat itu sedikit tersasar,” tambahnya lagi.

Menurut Ikhsan, ketika kejadian itu berlaku lapangan terbang tersebut masih tidak dilengkapi dengan kelengkapan menolak pesawat yang sepatutnya digunakan.

“Oleh kerana tiada ‘pushback car’, iaitu kereta tolak pesawat, pesawat itu terpaksa ditolak oleh juruteknik dan pekerja lapangan terbang,” kata Ikhsan.

Pesawat itu akhirnya berjaya sampai ke apron tanpa sebarang insiden tidak diingini. Pesawat Garuda itu terbang ke Tambolaka dari Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, menggunakan pesawat Bombardier CRJ1000. CRJ1000 mempunyai berat pendaratan maksima seberat 40.75 tan.

Era Baru

Kategori:Aneh Asia

Pilihan Editor

loading...